INFAQ BAIKPULIH ASRAMA ANAK YATIM

RM1,740 / 11.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

79 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KUTIPAN DANA BAGI MEMBAIKPULIH PEMBANGUNAN ASRAMA ANAK-ANAK YATIM ISLAM AL-IHSAN DAERAH LIPIS. JOM KITA BANTU YANG TERMAMPU.


Para penderma yang dikasihi sekalian, Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Lipis ini merupakan satu pertubuhan khas dibina untuk menjalankan jihad fisabilillah, iaitu membantu anak-anak ini mendapat keselesaan daripada segi pembelajaran, kehidupan dan juga kebajikan mereka. Maka sangat tidak hairan, jika pertubuhan ini menjadi tumpuan penjaga mereka untuk menghantar anak-anak mereka disini kerana kami bersungguh ingin membantu anak ini untuk mendapat kebajikan yang sepatutnya.



Dengan bilangan pelajar yang semakin ramai, bangunan asrama yang kami sediakan tidak mampu untuk menampung para pelajar untuk mendiami dengan selesa. Maka kami juga terpaksa memilih dengan jumlah yang sikit sahaja dalam satu-satu masa. Keadaan bangunan asrama yang kami sediakan juga tidaklah selesa untuk melakukan aktiviti seperti aktiviti keagamaan. Kami terpaksa menyewa di pusat luar ataupun di surau yang berdekatan untuk memberi keselesaan kepada pelajar. 



Oleh itu, pihak kami dari Pertubuhan Anak -Anak Yatim Daerah Lipis sangat memerlukan sokongan dan bantuan dari segi kewangan bagi meringankan kos pembaikpulih kawasan asrama. Dana yang disumbangan akan digunakan untuk membaik pulih segala keperluan dan keselesaan anak-anak diasrama. Antaranya ialah : 

1) Membeli almari yang sedikit besar dan kukuh.

2) Membaiki lantai asrama yang sering dipenuhi semut-semut.

3) Membaiki dinding asrama yang sudah di makan anai-anai.

4) Membeli rak buku yang besar dan tahan lama

5) Memperbesarkan lagi bilik tidur dan membeli katil yang kukuh.




Insha Allah dengan usaha bersama ini moga rezeki kita semua bertambah berkat, menjadi pemberat amal dan Allah beri kita syurga. Ayuhlah bersama kami dalam memberikan asrama dan tempat penginapan yang lebih selesa buat para pelajar di sini dalam mendalami ilmu agama. 


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” – Surah Al-Baqarah, ayat 261.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

NUR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat