DANA MEMBINA RUMAH PERLINDUNGAN DAN TAHFIZ ASNAF NURHATI FASA 2

RM800,009 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM800,000

28274 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Terus bantu anak-anak ini mendapatkan rumah baru untuk menjamin kehidupan mereka dimasa akan datang.Kalianlah harapan mereka. Moga ini semua dikira sebagai jaariah kita kepada anak-anak ini. (Fasa 2)


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah kita sama-sama telah melepasi fasa 1 untuk mencari dana pembangunan Rumah Perlindungan Nurhati. Berita gembira ini telah sampai kepada anak-anak serta seluruh Warga Nurhati. Sinar mata mereka menggambarkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penginfaq. Senyuman mereka semakin melebar. Bayangan dan cerita mereka tentang rumah baru seolah-olah ianya sudah di depan mata. Setiap kali selepas solat mereka tidak berhenti berdoa dan mendoakan. Impian Allahyarhamah pengasas rumah ini Ummi Nurjamaliah juga semakin dekat dengan realiti. Berehatlah beliau di sana dengan damainya dengan semua kebajikan yang telah beliau usahakan selama ini untuk anak-anak ini.




Allahummaghfirlaha warhamha.Tugas beliau sudah selesai,kini kita yang masih diberi kesempatan ini yang diberi peluang untuk menyambung legasi ini sebaiknya dan in shaa Allah kita mampu melakukannya bersama selagi kita bersatu hati dijalan-jalan kebaikan ini dalam usaha membantu anak- anak ini yang merupakan aset penting negara. Kita buat semampu dan sejauh yang boleh.



Tanah sudah diwakafkan.Sudah 20 tahun pertubuhan ini berkhidmat.Sudah masanya kita melonjak kelangkah seterusnya untuk membantu anak-anak ini mendapatkan hidup yang lebih selesa selain diNurhati juga ada menempatkan kes-kes lain seperti ibu tunggal,warga emas dan asnaf-asnaf  yang nasibnya tidak terbela diluar sana.Di sinilah rumah mereka nanti sebelum menuju pencipta.



500 ribu untuk fasa pertama sudah berjaya kita kumpul bersama.In shaa Allah kita akan terus bersama ke fasa kedua dan seterusnya untuk mendapatkan dana lebih kurang 2 juta untuk keseluruhan kos pembangunan pembinaan bangunan empat tingkat yang dilengkapi dengan penempatan lelaki,penempatan perempuan,pusat tahfiz dan ruang pengurusan.Kita bergerak fasa demi fasa sehingga berjaya in shaa Allah.


Kami barisan pengurusan Rumah Kebajikan Nurhati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penginfaq.Terus memberi sinar kepada Warga Nurhati dan terus menyumbang melalui link ini atau direct transfer.Barakallahu feekum.Jazakumullahu khayran katheera.


#Bersatu membina Rumah Nurhati

#Bersama menuju masa depan akhirat yang lebih cerah

#kita boleh


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

AZILA SAMSUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat