DANA BANTUAN PEMBANGUNAN ASRAMA PELAJAR TAHFIZ

RM8,538 / 100.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,500

560 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTUAN DANA BAGI MENYIAPKAN BANGUNAN YANG SUDAH LEBIH 9 TAHUN TERBENGKALAI.


“Kuatkan hati dengan letakkan Allah dan Nabi Muhammad SAW”


Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Remaja Berwibawa atau PKPRB adalah pertubuhan kebajikan dan sebuah pusat latihan dan pendidikan yang diwujudkan di awal tahun 2017. 


Pelajar-pelajar di sini terdiri dari kalangan anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak asnaf zakat, remaja insaf dan anak-anak yang sangat memerlukan pembelaan. Terdapat lebih daripada 36 orang pelajar yang berumur 13 tahun ke atas.



Anak-anak ini sangat cekal dan bersemangat dalam menuntut ilmu agama. Disamping itu, anak-anak ini juga dibimbing dan dilatih melakukan kemahiran seperti pertanian, pembangunan, perniagaan, dan peternakan.


Akan tetapi, tempat pendidikan mereka ini sangat daif. Paling menyedihkan, bangunan pengajian mereka diami sekarang ini adalah kelas dan tempat tidur mereka juga.



WALAUPUN ADA KEMAHIRAN TAPI…



Demi keselesaan, anak-anak di sini sanggup membangunkan sebuah aras baru untuk mengasingkan tempat tidur dan juga tempat belajar.


Seperti yang tuan puan nampak, alhamdulillah aras bawah iaitu kelas pengajian telah pun selesai dibina. Tapi bangunan di aras atas, masih dalam pembinaan kerana dana pembangunan tidak mencukupi.



KESAN DARIPADA PEMBINAAN ARAS ATAS TIDAK SIAP..



Setiap kali hujan, atap bumbung bawah pasti akan bocor. Pernah diceritakan, siling ini juga pernah jatuh hampir mengenai salah seorang pelajar disini.



JOM BERSAMA KAMI DALAM USAHA INI


Anak-anak di sini tengah bersemangat dalam membina tempat tidur mereka. Jadi jom kita bantu mereka dengan memberikan dana bahan pembinaan seperti besi, simin, batu bata, pasir, dan pelbagai lagi.


Dengan RM 100 Sebulan, Insha Allah akan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran oleh Allah SWT. Kerana dana ini sangat bermakna buat anak-anak di sini.


Berkhidmat & Melahirkan Remaja Berwibawa, Dapat Mencerahkan Masa Depan Negara



Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan badan berkhidmat PKPRB, En Dhiya’uddin Ali Hassan di talian 011-54306313 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat : Lot 49 Kg. Senaman Hilir, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2023

SARI HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat