Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Sep 07, 2022

SUMBANGAN PERSIAPAN AWAL BENCANA UNTUK WARGA LANGKAWI

RM810 / 27.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama PPIM membantu warga Langkawi dalam misi penambahan ambulans & water ambulans serta alat kelengkapan bagi operasi pengurusan bencana.


Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.


Pepatah Melayu menyebut 'sediakan payung sebelum hujan'. Mengambil iktibar daripada bencana banjir melanda negara pada Disember tahun lalu, kerajaan mula merangka strategi bagi menghadapi kemungkinan berulang 'bala' itu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) segera diaktifkan di semua lokasi bencana bagi membuat persediaan awal menghadapi bencana. Perkhidmatan ambulans memainkan peranan penting dalam mengendali pengurusan kes kes kecemasan kemalangan dan khidmat kemanusiaan.


Oleh yang demikian, PPIM merasa terpanggil untuk bersama sama membantu menjayakan misi penambahan ambulans dan water ambulans serta collapsible ambulance strecher bagi meningkatkan kesiapsiagaan jabatan dalam pengurusan operasi, pengurusan kes kecemasan, pengurusan bencana, mengekang pandemik Covid-19 dan kesiapsiagaan menghadapi Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) di Langkawi.




Bagi menyahut seruan Perdana Menteri bagi memastikan semua agensi/jabatan/NGO bersiap sedia dalam menghadapi banjir besar, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terpanggil untuk merangka untuk penambahan ambulans dan water ambulans di Langkawi bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan pengurusan bencana daerah Langkawi demi menjamin keamanan, kesejahteraan awam dan kualiti hidup rakyat ke tahap yang paling optimum.



Untuk makluman juga, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedang merangka program-program khidmat kemanusiaan bagi menyantuni komuniti Langkawi. Perkhidmatan strecher juga memainkan peranannya sebagai satu elemen utama dalam jaringan perkhidmatan kesihatan komuniti setempat. Keperluan semasa stretcher agak tinggi khususnya membawa pesakit ke fasiliti perubatan termasuklah hospital daerah atau hospital berpakar. 




Rekuisisi ambulans dan water ambulans disebabkan ketergantungan komuniti Langkawi pada pengangkutan laut seperti feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang terhad dan terbatas turut menyukarkan komuniti Langkawi menerima bantuan luar semasa berlakunya kes kecemasan dan bencana besar. Keperluan perkhidmatan water ambulans yang khusus dan sesuai untuk pesakit yang memerlukan rawatan pakar di hospital besar sangat perlu diambil berat bagi menjamin kesejahteraan hidup komuniti Langkawi.




Kekuatan perkhidmatan ambulans dan water ambulans akan menjadi satu penanda aras dalam usaha untuk mempamerkan kekuatan Langkawi sebagai destinasi pilihan yang tepat yang lengkap dengan perkhidmatan kesihatan komuniti setempat. PPIM sentiasa memastikan rakyat mengakses kepada fasiliti dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat.





Cadangan penambahan ambulans dan water ambulans ini juga adalah berdasarkan demografi penduduk. Hal ini kerana kapasiti ambulans yang sedia ada masih tidak dapat menampung keperluan semasa berikutan jumlah penduduk yang semakin meningkat di Langkawi serta kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa di Langkawi.


Sehubungan dengan itu, pihak PPIM juga ingin memohon sumbangan collapsible ambulance strecher bagi memperkasakan peranan PPIM dalam meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat setempat di dalam menghadapi sebarang bentuk bencana dan kecemasan di peringkat negeri, daerah sehingga ke akar umbi.


Justeru itu, ayuh sama sama kita bantu wira negara kita mengendali pengurusan kes kes kecemasan kemalangan dan khidmat kemanusiaan dengan memberi sumbangan dalam kempen ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat