Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN PENJAGAAN KESIHATAN SEJAHTERA
Dimulakan pada Dec 27, 2021
RM1,060 / 13.25 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
47 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Hujan lebat yang berterusan sejak 17 Disember 2021 tanpa henti telah menyebabkan banyak kawasan rendah di negeri Selangor dilanda banjir yang sangat dashat.
Mangsa banjir di Hulu Langat Selangor telah meningkat seramai pulahan ribu orang. Bencana banjir kali ini telah mengakibatkan kerosakan teruk pada kediaman, kenderaan dan tanaman mereka. Lumpur tebal tinggalan banjir menambah lagi duka mereka. Hanya tangisan dan air mata tempat mereka mengadu nasib.
Rentetan itu, ramai juga kalangan mangsa banjir menderita kerana harta benda mereka musnah sama sekali akibat daripada bencana ini. Kerugian yang ditanggung oleh setiap daripada mereka melibatkan kerosakan perabot dan barangan elektrik termasuklah juga, buku-buku serta pakaian sekolah, laptop kalangan anak-anak remaja yang masih belajar akibat daripada banjir.
Justeru itu, satu inisiatif daripada Pertubuhan Penjagaan Kesihatan Sejahtera ( PPKS ) menggerakkan usaha pengumpulan dana bantuan kepada mangsa banjir rakyat Malaysia, agar ianya nanti dapat disalurkan dalam bentuk Kit Kebersihan Kendiri ( Hygiene Kit ) kepada mereka yang terjejas teruk akibat banjir. "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya"
Sumbangan adalah untuk 100 buah keluarga terlibat. (RM80 per kit)
- 4 unit berus gigi
- ubat gigi
- Shampo
- Sabun badan
- Sabun tangan
- Tuala Wanita
- Sanitizer
- Face mask
- Deodorant
- Sikat Rambut
- Pisau cukur pakai buang
- Putik Kapas
Ayuh, marilah kita sama-sama memiliki jiwa yang besar menyumbang seikhlas hati, tanpa mengira bangsa atau agama, menghulurkan bantuan meringankan kesedihan kereka mangsa banjir yang tentunya dalam keadaan tertekan, runsing, gusar dan kebimbangan setelah mengalami bencana banjir ini.
" Kebersihan Asas Kesihatan "
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2021
WAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2021