Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN PENJAGAAN KESIHATAN SEJAHTERA
Dimulakan pada Feb 01, 2022
RM792 / 1.32 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM60,000
36 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bencana banjir yang menimpa tanah air Disember lalu telah menjadikan beberapa daerah dan kawasan tenggelam teruk. Daerah Temerloh Pahang antara yang paling teruk terjejas. Mereka di sana diuji dengan banyak rumah kediaman, kenderaan, binatang peliharaan, tanaman dan segala keperluan asas hanyut dibawa banjir. Paling menyedihkan ada antara penduduk yang hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja. Apakah nasib mereka untuk meneruskan kehidupan.
Kita juga diuji dengan berita sebegini, apakah tindakan dan keperihatian kita melihat penderita saudara kita yang ditimpa musibah ini?
Bulan Mac menjelang tiba, anak-anak perlu kesekolah. Persiapan kembali ke sekolah mesti dilakukan, tapi apakan daya mereka dengan keadaan perit begini yang ketiadaan sumber kewangan yang sudah banyak digunakan untuk pulihkan keadaan tempat tinggal.
Justeru itu, ini adalah salah satu inisiatif daripada Pertubuhan Penjagaan Kesihatan Sejahtera ( PPKS ) menggerakkan usaha pengumpulan dana bantuan kepada mangsa banjir di Temerloh, Pahang agar ianya nanti dapat disalurkan dalam bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas teruk akibat banjir. Kempen ini adalah kempen pertama kali dijalankan oleh pihak pertubuhan kami dan para pelajar tersebut akan menerima wang tunai untuk membeli barang keperluan mereka.
Dengan kerjasama Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh Pahang telah mengenal pasti mereka dari golongan kurang kemampuan yang terjejas teruk akibat banjir yang lepas seramai lebih 70 orang akan disalurkan dari kempen sumbangan ini.
Semoga daripada sumbangan ini dapatlah membantu keluarga malang yang telah dikenalpasti meneruskan kehidupan dengan baik dalam membuat persiapan anak-anak mereka kembali ke sekolah.
Marilah kita bersama-sama seikhlas hati menyumbang buat mereka serta membantu mengurangkan beban penderitaan mereka. Semoga setiap bantuan yang dihulurkan dibalas dengan kebaikan berlipat kali ganda.
Ayuh menyumbang!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 17, 2022
NAJIHAH ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 16, 2022