PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS IMAN DAN AMAL FASA 1.0

RM9,215 / 18.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

461 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama menyumbang. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Iman & Amal memohon sumbangan dan infaq untuk pembinaan kompleks ini yang masih dalam peringkat awal.


Pertubuhan mula beroperasi dengan menyewa sebuah rumah di Lorong 3, Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh. Dengan sumbangan daripada orang ramai, pertubuhan dapat membina sebuah rumah untuk menempatkan lebih ramai anak-anak yatim dan asnaf. Pada tahun tahun 2022, pihak Pertubuhan bercadang untuk membuka pertubuhan untuk lelaki setelah pihak pertubuhan mendapat tanah setengah ekar daripada wakaf orangtempatan. Ini merupakan antara pencapaian yang dapat dibanggakan setelah hampir 6 tahun. 



Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Iman & Amal ingin membina kompleks yang boleh memuatkan 2,000 orang penghuni. Kompleks ini memerlukan kos pembinaan yang dianggarkan sebanyak RM15,000,000.00. Fasa pertama akan dimulakan dengan pembelian tanah sebanyak RM3,000,000.00 bersamaan 50,000 lot (5 ekar), 1 lot = RM55.00 bertempat di Hulu Langat. Projek dijangka akan bermula pada tahun 2024 dan projek dijangka akan siap pada tahun 2026. Buat masa ini RM50,000.00 diperlukan untuk fasa 1.0.



Sesungguhnya usaha ini tidak dapat dilaksana tanpa kerjasama antara ahli jawatankuasa, asatizah dan orang ramai secara langsung atau tidak langsung. Sekali lagi, pihak Pertubuhan ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang kerana telah turut serta bagi menyumbangkan dana kepada pembangunan Pertubuhan ini serta sumbangan dari segi barang keperluan anak-anak.



Insha Allah semoga di murahkan rezeki dan di permudahkan urusan kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar niat baik ini dapat diteruskan agar memberi manfaat lebih kepada orang ramai, Amin. Projek ini akan memula proses pembinaan dan pembangunan asrama lelaki buat masa ini dan seterusnya memperkasakan generasi Al -Quran di  Malaysia amnya. Adalah menjadi aspirasi besar kami untuk anda mengorak langkah bersama-sama kami menjadi ia realiti dan terus memperjuangkan dan memperkasakan generasi Al-Quran.



Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMED ILYAS BIN HASAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 16, 2022

SHABIL FIKRI BIN ABDUL RAZAK BIN BAKAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat