Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ADYAN NADZIR KUCHING (SAHABAT ADYAN NADZIR CARE)
Dimulakan pada Oct 29, 2021
RM1,310 / 2.18 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM60,000
70 Penyumbang
Kempen Berakhir!
==============================
PROJEK INFAQ QASEH
==============================
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Tujuan pelaksanaan projek ini dilaksanakan adalah untuk membantu dan meringankan beban masyarakat yang terkesan oleh pandemik yang masih menghantui kita sekarang. Ramai yang terkesan terutama sekali dari segi kewangan disebabkan oleh potongan gaji dan sebagainya.
Oleh yang sedemikian, pihak kami mengambil pendekatan untuk menggunakan kaedah pemberian set makanan keperluan (Kotak Qaseh) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan seperti maklumat projek berikut :-
Nama Projek : PROJEK INFAQ QASEH
Tempoh Pelaksanaan : NOVEMBER 2021 - 31 Mac 2022
Jumlah Sasaran : 1,000 BUAH KELUARGA
Jumlah Bungkusan Keseluruhan : 1,000 KOTAK SET MAKANAN
Harga Sebungkus : RM60.00
Jumlah Sasaran Keseluruhan : RM60,000.00
Harapan kami, agar kita sebagai sebuah komuniti dapat bersatu hati dalam membantu masyarakat yang sedang menghadapi detik yang sangat sukar dan mencabar ini, dengan matlamat mampu meringankan beban mereka dalam mempermudahkan segala urusan yang dihadapi semampu yang boleh.
==============================
Rasulullah SAW bersabda :-
"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."
==============================
Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di Dunia dan Akhirat.
==============================
Website :
https://sahabatadyannadzircare.blogspot.com
Facebook Page :
https://m.facebook.com/SahabatAdyanNadzirCare
Instagram : https://www.instagram.com/adyannadzir_care
TikTok :
https://vt.tiktok.com/ZSeNU1xqB/
.
☎️ 011-7378 4703
✉️ wasap.my/601173784703
💌 sahabatadyannadzircare@gmail.com
.
"We Always Bring You The Best."
#SahabatAdyanNadzirCare
#ProjekInfaqQaseh
#ProgramInspirasiPejuang2021
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, terdapat sedikit pertambahan dana sebanyak rm8.00 untuk minggu ke-4 tahun 2022.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengumpul jumlah bersih kempen sebanyak RM1,124.00 dan kempen masih berjalan seperti biasa.
Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa atas niat dan matlamat yang sama. Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 04, 2021
ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 02, 2021
NOMHARY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 02, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 01, 2021