PERTUBUHAN MIHRAB

Dimulakan pada Sep 08, 2021

BELA NASIB GOLONGAN OKU DAN ORANG TUA

RM34,965 / 34.97 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

1356 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama kita membela nasib orang tua & golongan OKU yang memerlukan jaminan tempat tinggal yang lebih selesa dan barangan keperluan asas seperti lampin pakai buang, susu, katil dan kerusi roda.


"TELUR GORENG DAN SAYUR REBUS", itu sahaja yang mampu kami sediakan.


Pusat Jagaan Titian OKU Nur (Oku Nur) ini beralamat di No. 78, Jalan Sentosa, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang Selangor. Oku Nur diasaskan sejak lebih 10 tahun lalu dan tujuan utama adalah untuk menjaga warga tua dan orang OKU. Oku Nur menempatkan lebih 90 penghuni terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak berumur antara lapan bulan hingga 97 tahun. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang dan mempunyai masalah tersendiri. Ada yang mengalami kecacatan seperti lumpuh, sindrom down dan terencat akal. Ada juga mereka yang dari kalangan warga emas uzur yang menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.



Selain dari kesabaran yang tinggi untuk menguruskan mereka yang pelbagai karenah, dana kewangan juga adalah salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi pihak Oku Nur. Kos sewa premis, rawatan, lampin pakai buang dan banyak lagi keperluan lain terpaksa ditanggung. Buat masa ini pihak Oku Nur hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang prihatin dengan nasib penghuni di sini.


 



Demikian luahan  pengasas dan penyelia Pusat Jagaan Titian OKU Nur Normah Adlan, 45. Ia antara pengalaman menyedihkan pernah dilaluinya sepanjang mengendalikan pusat jagaan berkenaan. Namun, dalam serba kepayahan itu, beliau tetap terus beristiqamah untuk membela nasib golongan-golongan terpinggir ini.



Oleh itu, kami dari Perubuhan Mihrab ingin mengajak tuan/puan bersama-sama kami membantu mengumpul dana bagi menampung keperluan pusat ini agar nasib setiap individu di pusat ini terjaga dan terbela. 


Ayuhlah, kita bersama-sama menjayakan kempen ini bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan semoga anda diberikan kesenangan dalam setiap usaha yang telah dicurahkan.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 19, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 19, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 19, 2021

NOOR AZIAH ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 19, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 19, 2021

Kempen Sumbangan Tamat