Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Mar 29, 2021
RM3,655 / 4.08 %
Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM89,622
129 penyumbang
1 Baki Hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap hari kita dapat mandi dengan sabun, ada tuala yang ditukar bersih setiap bulan dan telekung sejadah yang boleh bergilir basuh.
Pada kita ini adalah keperluan biasa tetapi pada anak-anak yatim, ini satu nikmat yang susah untuk mereka merasa.
Tahukah anda, anak-anak ini amat memerlukan sumbangan dalam bentuk barangan penjagaan diri serta keperluan ibadah selain dari barang mentah yang biasa kita derma?
Bayangkan tuala mereka jarang sekali bertukar baru, keperluan penjagaan diri mereka ada kalanya bercatu.
Di saat kita selesa menunaikan ibadah, mereka pula perlu berkongsi telekung dan sejadah.
Ya. Itulah realiti rumah perlindungan yang kami pergi.
Sehubungan itu, kami amat memerlukan prihatin saudara saudari dalam menjayakan misi kempen Qaseh Ramadhan.
Sama-sama membantu kami memberi keselesaan dengan KIT KEBERSIHAN & KIT IBADAH untuk anak-anak yatim & tahfiz di 60 buah rumah menjelang bulan Ramadhan ini.
Dana diperlukan: RM 89,622 (Set Lengkap Kebersihan & Ibadah)
Seperti dalam hadith Nabi Muhammad;
"Sesiapa yang melepaskan saudara Muslimnya daripada salah satu kesulitan dunia, Allah akan melepaskannya daripada kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhiratnya. Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba-Nya itu membantu saudaranya."(Muslim)
Sikit atau banyak sumbangan saudara/i, ia tetap satu sedekah yang dapat meringankan kesulitan anak-anak ini.
Allah sahaja yang membalas kemurahan hati anda.
Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM50
Apr 13, 2021
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM100
Apr 13, 2021
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10
Apr 13, 2021
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10
Apr 13, 2021
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10
Apr 13, 2021