Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Mar 29, 2021

KEMPEN QASEH SYAWAL FASA 1

RM45,939 / 51.26 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM89,622

1171 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

BismillahiRahmaniRahim

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

Setiap hari kita dapat mandi dengan sabun, ada tuala yang ditukar bersih setiap bulan dan telekung sejadah yang boleh bergilir basuh.

 

Pada kita ini adalah keperluan biasa tetapi pada anak-anak yatim, ini satu nikmat yang susah untuk mereka merasa.

 

Tahukah anda, anak-anak ini amat memerlukan sumbangan dalam bentuk barangan penjagaan diri serta keperluan ibadah selain dari barang mentah yang biasa kita derma?

 

Bayangkan tuala mereka jarang sekali bertukar baru, keperluan penjagaan diri mereka ada kalanya bercatu.

 

Di saat kita selesa menunaikan ibadah, mereka pula perlu berkongsi telekung dan sejadah. Ya. Itulah realiti rumah perlindungan yang kami pergi.

Sehubungan itu, kami amat memerlukan prihatin saudara saudari dalam menjayakan kempen Qaseh Syawal (sambungan kempen Qaseh Ramadhan).

 

Sama-sama membantu kami memberi keselesaan dengan menyediakan BAROKAH KIT untuk rumah anak-anak yatim & mahad tahfiz.

 

Dana diperlukan: RM 89,622

(Set Lengkap Kit Kebersihan / Kit Ibadah mengikut keperluan mereka) Seperti dalam hadith Nabi Muhammad;

"Sesiapa yang melepaskan saudara Muslimnya daripada salah satu kesulitan dunia, Allah akan melepaskannya daripada kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhiratnya. Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba-Nya itu membantu saudaranya."(Muslim)

 


Sikit atau banyak sumbangan saudara/i, ia tetap satu sedekah yang dapat meringankan kesulitan anak-anak ini.

 



Allah sahaja yang membalas kemurahan hati anda.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Kongsikan:

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

avatar

MUHAMMAD ZARIQUE BIN ZULKIFLY

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 09, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 07, 2021