RAMADHAN KITS UNTUK ANAK YATIM, TAHFIZ DAN ASNAF

RM55,664 / 101.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM55,000

1839 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Hulurkan bantuan, ringankan beban. Jom bersama kami untuk membantu mereka, salurkan sumbangan anda di sini.


Menghitung hari menunggu tibanya bulan Ramadhan. Bantuan untuk anak yatim, pusat tahfiz dan golongan asnaf tetap diteruskan demi untuk mengurangkan beban mereka.


Assalamualaikum wbt. Para penyumbang yang dermawan & yang dikasihi. كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW juga orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Gelaran anak yatim adalah anugerah yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih sahaja. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Baginda sangat mengasihi dan menyayangi anak-anak yatim. Kasih baginda bukan terhad kepada anak-anak yatim sahaja, malah sesiapa yang bersedekah membantu saudaranya yang susah juga mempunyai tempat terpuji di hati baginda SAW.




Bayangkan jika kita bersedekah kepada anak tahfiz yang memerlukan bantuan kita untuk mendapatkan kemudahan asas dan pendidikan, di saat anak-anak ini di-amarahkan dengan bacaan al-quran, zikir dan selawat, setiap detik itu pahalanya akan terus mengalir kepada kita yang memberi bantuan kepada mereka.


Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyakkan bersedekah dan betapa besarnya ganjaran buat mereka yang menjaga kebajikan anak yatim dan anak tahfiz. Oleh yang demikian, untuk bulan mulia yang bakal menjelma ini, kami di Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawanan (WeAgro) terpanggil untuk menjalankan kempen “Ramadhan Kits Untuk Anak Yatim, Tahfiz dan Asnaf.”


Kempen ini menyasarkan anak yatim, tahfiz dan asnaf yang kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan kita semua. Harapan kami untuk menyasarkan kempen bagi membantu mereka dan memberi dorongan semangat untuk terus cekal dalam menyebarkan ilmu agama juga menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.




Hasil dari sumbangan, sasaran kami adalah untuk memberi “Ramadhan Kits” kepada 1000 penerima anak yatim, tahfiz dan asnaf bagi membantu sedikit sebanyak beban kewangan mereka.


Bantuan “Ramadhan Kits’ ini diharap dapat mengukir senyuman di wajah mereka dengan memberi telekung solat/ kain sarung dan sejadah yang baru sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan mulia ini nanti. Semoga Allah merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian, para penderma yang dermawan.


Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Marilah kita menyumbang di sumbangan.com.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOR FARAHAZREEN MOHD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat