KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Mar 13, 2023

MALAYSIA INDONESIA BERSATU BERBAGI RAMADHAN KITS

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh lakukan infaq Ramadan anda bersama KJKL dan Asar Humanity. Semoga sedekah Ramadan anda ini mampu membantu mereka yang tidak berkemampuan menyambut Ramadan dengan gembira. Ayuh raikan Ramadan!


Menghitung hari menunggu tibanya bulan Ramadhan. Bantuan untuk anak yatim, pusat tahfiz dan golongan asnaf tetap diteruskan demi untuk mengurangkan beban mereka. Bantuan kali ini mensasarkan anak yatim, tahfiz dan asnaf yang kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan kita semua. Harapan kami adalah membantu mereka dan memberi dorongan semangat untuk terus cekal dalam menyebarkan ilmu agama juga menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.




Asar Humanity mendapat sokongan dan perhatian KJKL dalam bantuan Ramadhan buat kali pertama tahun ini. Kedua negara bersatu padu dan bekerjasama untuk memelihara dan mempertahankan keharmonian serta hubungan baik yang telah dinikmati selama ini. Oleh itu, KJKL akan membantu pengagihan kits Ramadhan di untuk rumah anak yatim terpilih di Malaysia. Manakala, piihak Asar Humanity pula akan memfokuskan bantuan kepada anak yatim di Indonesia.


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” (Riwayat Muslim, 2983)




Sebanyak 1000 anak yatim, tahfiz dan asnaf akan menerima sumbangan ini bagi membantu sedikit sebanyak beban kewangan mereka. Bantuan “Ramadhan Kits’ ini diharap dapat mengukir senyuman di wajah mereka dengan memberi telekung solat/ kain sarung dan sejadah yang baru sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan mulia ini nanti. Semoga Allah merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian, para penderma yang dermawan.



“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” 

(HR Nasa’i dan Tirmidzi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat