DANA PEMERIKSAAN GIGI UNTUK ANAK YATIM, ASNAF DAN FAKIR

RM850 / 17.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang RM10 sahaja bagi kempen “Dana Pemeriksaan Gigi Untuk Anak Yatim, Asnaf Dan Fakir” untuk penjagaan mulut yang baik.


Gigi dan gusi merupakan elemen tubuh yang perlu dijaga dengan baik. Kekuatan gigi dan gusi penting untuk mengunyah dan menghancurkan makanan. Kesihatan gigi ini bergantung dengan cara penjagaan tetapi jangka hayat gigi boleh bertahan lama apabila dapat penjagaan dengan baik.

Tidak semua ibu bapa mampu untuk menghantar anak mereka ke pusat rawatan gigi swasta kerana kos yang agak tinggi dan jika menunggu temujanji daripada klinik pergigian kerajaan akan mengambil masa yang panjang.



Kepentingan penjagaan gigi yang baik dapat mengelakkan plak gigi, karang gigi, gigi berlubang serta gusi bengkak. Masalah tidak akan terhenti di dalam mulat sahaja jika rawatan awal tidak diberikan, gusi boleh bengkak sehingga bernanah dan menyebabkan infeksi sehingga mengalami pendarahan otak disebabkan bakteria.


Oleh itu, kami di WeAgro terpanggil untuk menjalankan kempen “Dana Pemeriksaan Gigi Untuk Anak Yatim, Asnaf dan Fakir” yang telah terpilih dan membawa mereka ke klinik kesihatan gigi. 

Kos seorang untuk pemeriksaan gigi adalah RM100 dan kami mensasarkan seramai 100 orang kanak-kanak. Kanak-kanak ini akan dibawa ke klinik mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan kebenaran dan pengawasan ibu bapa mereka sendiri.


Sehubungan dengan itu, objektif utama kempen ini adalah untuk menanamkan sifat suka menggosok gigi serta menjaga kebersihan seawal usia mengikut sunnah Rasulullah.


Kami menyeru kepada seluruh para peyumbang yang dermawan untuk bersama menjayakan kempen ini. Sumbangan anda amat kami perlukan dan semoga dengan sumbangan ini akan memberikan keriangan buat mereka!





Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat