BANTUAN KECEMASAN PENYAKIT RAWATAN SEUMUR HIDUP ADIK QHAIRIL DAN UMAIRAH

RM1,125 / 0.94 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM120,000

62 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan ingin mengajak anda semua menambah saham akhirat dengan menyumbang seikhlas yang boleh untuk menampung kos perubatan adik Qhairil dan Umairah. Jom bantu mereka!


Sumbangan anda, senyuman mereka.


Kata orang, zaman kanak-kanak zaman paling indah. Banyak suka daripada duka. Namun, bagi adik Muhammad Qhairil dan adiknya Nur Umairah, zaman kanak-kanak yang dilalui tidak semanis kanak-kanak seusia mereka. Muhammad Qhairil yang mesra disapa Qhairil baru berusia 11 tahun dan adik bongsunya Umairah baru sahaja berumur setahun.















































Mereka berdua disahkan menghidap penyakit Deficiency of Adenosine Deaminase 2 (DADA2). Adik Qhairil bukan sahaja menghidap penyakit DADA2 ini, malah turut disahkan menghidap hypogammaglobulinaemia. Adik Qhairil mula didiagnos dengan penyakit yang dihidapinya ini semasa berumur 9 tahun. Ketika itu, adik Qhairil secara tiba-tiba tidak boleh berjalan, mengalami penyusutan berat badan dan kehilangan selera makan. Adik Umairah pula mula didiagnos dengan penyakit yang sama ketika berusia enam bulan. Petanda awal yang dihidapi oleh adiknya ketika itu apabila Umairah strok sebelah muka.



Penyakit DADA2 yang dihidapi oleh adik Qhairil dan Umairah ini merupakan penyakit genetik auto-inflammatory dimana pesakit menghidapi keradangan kronik yang disebabkan oleh penghasilan antibodi yang berlebihan yang mana boleh menyerang pelbagai organ dalam badan seseorang. Dalam kes adik Qhairil dan Umairah, radang tersebut telah menyerang sistem otak, saraf dan tulang sum-sumnya. Adik Qhairil dan Umairah juga perlu dimasukkan ke wad setiap bulan untuk menerima infusi IVIG untuk menggantikan antibodi di dalam badan yang tidak dapat dihasilkan oleh tulang sum-sumnya.

 


Kami dimaklumkan stok ubat adik Qhairil dan Umairah telah pun habis dan memerlukan stok ubat yang baharu. Keluarga adik Qhairil dan Umairah tidak mampu untuk menanggung kos perubatan adik Qhairil dan Umairah. Kos yang diperlukan sangat tinggi kerana adik Qhairil dan Umairah perlu mendapat rawatan dan bergantung kepada ubat sepanjang hayatnya. Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan ingin mengajak anda semua menambah saham akhirat dengan menyumbang seikhlas yang boleh untuk menampung kos perubatan adik Qhairil dan Umairah.


Sumbangan anda sangat bermakna untuk secalit senyuman adik Qhairil, Umairah dan seluruh keluarga mereka. Semoga sumbangan ikhlas anda semua dapat memudahkan urusan adik Qhairil dan Umairah sekeluarga. Semoga senyuman sentiasa terukir di bibir manis adik Qhairil dan Umairah.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jan 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat