HADIAH RAYA UNTUK ANAK ASNAF

RM3,925 / 13.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

130 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama dalam berkongsi rezeki buat Anak Asnaf di Semenanjung dan Sabah sempena menyambut Syawal yang akan tiba. Sumbangan hadiah raya akan diagihkan dalam bentuk wang ringgit & Bahan-Bahan Pendidikan


HADIAH RAYA BUAT ANAK ASNAF. Dalam kita sibuk dalam membuat persiapan untuk menyambut kedatangan syawal, ternyata ada yang hanya mampu memandang.keranatidak semua dari kita mampu menyambut lebaran secara meriah.


Seperti Tahun 2021 ,Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) bersama 3 inisitif di bawah naungannya telah bersepakat untuk membuat agihan duit raya beserta dengan bahan pendidikan dalam projek hadiah raya tahun ini



Hanya dengan sumbangan yangTuan/Puan salurkan ini kami dapat berkongsi kegembiraan dengan mereka pada syawal tahun lepas. Agihan yang di salurkan adalah dalam bentuk wang ringgit dan bahan pendidikan. 


Seramai 500 orang anak asnaf di bawah naungan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), bakal menerima manfaat dari projek hadiah raya pada tahun ini.



Kami dengan rendah hati ingin mengajak Tuan/Puan dalam membantu anak-anak asnaf ini menyambut hari raya yang bakal tiba. Biarkan mereka mengukir senyuman pada bulan syawal nanti. 


Sasaran kami untuk projek hadiah raya tahun 2022 ini ialah RM5000.00. Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk 1 LOT= RM30.00 atau SEIKHLAS HATI sahaja.


Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seseorang Muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat