Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Sep 15, 2022

INFAQ REZEKI FASA 3

RM100,018 / 100.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

4486 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh! Bantu kami dalam usaha ini dengan menyumbang kepada kempen Infaq Rezeki. Semoga dengan sumbangan ikhlas anda ini dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka inshaAllah.


“Makcik dah penat, tapi makcik kena kuat demi suami makcik, demi anak-anak”


Percaya atau tidak, ini adalah antara kata - kata mereka yang dihimpit segala kepayahan dan kesusahan hidup. Ada di antara mereka mempunyai masa depan yang cerah namun atas sebab kesusahan yang mereka hadapi dan peluang mereka untuk keluar dari kesempitan hidup begitu sukar.


Harapan demi harapan dipatahkan dengan segala kata dan sifat manusia yang merendahkan golongan seperti ini.




Di atas sebab itulah, Infaq Rezeki diwujudkan sebagai sebuah inisiatif daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup melalui bantuan seperti bekalan makanan, perubatan, kemudahan, peluang bekerja, motivasi dan pelbagai lagi bantuan dengan satu matlamat iaitu:


MENGELUARKAN MEREKA DARI KEPOMPONG KESEMPITAN HIDUP




SUMBANGAN IKHLAS ANDA AMAT BERMAKNA KEPADA PENERIMA


Setiap sumbangan anda akan mengembalikan dan menguatkan kembali semangat mereka. Bayangkan walaupun dengan sekecil-kecil sumbangan anda, mampu memberi makna membuka langkah yang besar untuk mereka berusaha keluar dari segala kepayahan hidup.


Supaya satu hari nanti, golongan yang menerima manfaat Infaq Rezeki ini dapat menyebarkan kembali manfaat itu kepada golongan yang senasib dengan mereka apabila mereka sudah mampu kelak.




Ayuh! Bantu kami dalam usaha ini dengan menyumbang kepada kempen Infaq Rezeki. Semoga dengan sumbangan ikhlas anda ini dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka inshaAllah.


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Mohd Azuwan Bin Mohd Shahrom

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

NUR FATIN AMALINA MOHD HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat