KONGSI REZEKI BERSAMA PELAJAR MISKIN

RM1,410 / 47.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

63 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU KAMI RINGANKAN BEBAN KELUARGA PELAJAR MELALUI PROGRAM INFAQ MAKANAN INI.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Salam kebaikan luar biasa buat semua. Mulakan dari yang sikit dan jadikan ia sebagai hobi kita. Istiqamah berbuat baik dari yang biasa menjadi luar biasa. Mari menyumbang kepada golongan yang memerlukan dan hilangkan lapar mereka. 




Kempen makanan untuk pelajar adalah merupakan bantuan makanan yang kami sediakan khas buat golongan pelajar miskin yang memerlukan. Kemerosotan ekonomi keluarga menyebabkan ramai masyarakat yang tertekan untuk menjalani hidup seharian, terutama sekali yang mempunyai anak-anak kecil. Tekanan hidup semakin meningkat, apabila berlakunya kenaikan harga barang dan desakan kehidupan di sekeliling kita. Walaupun pemberian makanan ini tidaklah mampu mengubah kehidupan sesebuah keluarga dan dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek.



Namun, sekurang-kurangnya memberi kesan yang baik kepada penerima, serta menjadi suntikan semangat untuk terus melangkah ke hadapan. Bantuan makanan ini juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa di dalam kehidupan ini, amat penting untuk kita hidup saling membantu dengan penuh semangat, kasih sayang dan penuh keazaman sesama kita.



Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

(Riwayat Muslim)


#KempenJomKitaPeduli

#SkuadAdamDanish


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

HANINAH BINTI MISHAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

NORIMAN BIN MOHD TALIP

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2022

WAN AMIRA WAN IBRAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat