RH QIROAT CENTRE

Dimulakan pada Apr 22, 2022

QURAN RHQC

RM415 / 4.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami akan mengagihkan mengikut keperluan. Quran infaq ini diagihkan mengikut aktiviti RH QIROAT CENTRE samada program tadarus, program kumpulan, program kuiz, program individu dan sebagainya.


PROGRAM INFAQ QURAN QIROAT DI RH QIROAT CENTRE.


Mengapa program ini di wujudkan? Ini kerana Quran Qiroat tidak dijual secara terbuka di Malaysia. Hanya sekiranya pelajar pulang bercuti maka boleh untuk pelajar membawa sedikit Quran ini. Misalnya pelajar yang pulang dari Jordan, Mekah, Madinah dan Mesir.


Quran tersebut unik kerana terdapat perbezaan untuk setiap Qiroat yang telah di tukarkan mengikut peraturannya. Maka mudah untuk seseorang pelajar yang mengambil Qiroat untuk terus membaca dari quran tersebut.



Contoh gambar Quran telah disertakan juga dimana menunjukkan muka surat yang sama dengan Hafs. Yang warna merah telah tertera di Quran (Qiroat itu lah perbezaannya).



Jika terdapat dua ke tiga bacaan berlainan untuk setiap ayat, maka buku Quwaid atau buku peraturan pula perlu dirujuk. Buku peraturan akan memberi asas perbezaan sebagai muqadimah dan juga huruf perbezaan yang diletakkan didalam satu ruang yang tertentu untuk tertera di dalam PROGRAM INFAQ QURAN QIROAT DI RH QIROAT CENTRE.

RH QIROAT CENTRE juga mengadakan tadarus Qiroat yang berlainan dari masa ke masa. Misalnya di bulan Ramadhan ini, dijalankan dalam dua kumpulan Qiroat Kisaii dan Qiroat Jaafar dengan niat untuk menamatkan 30 juzuk sebelum tamat Ramadhan ini.

Maka amat diperlukan Quran Qiroat untuk kelancaran bacaan dalam tempoh nya paling singkat (1 bulan).

Insya Allah mengikut Hadith Nabi s.a.w, pahala yang diperolehi dari setiap bacaan, ia itu setiap satu huruf ayat Quran adalah 10 hasanat pahala nya.

Wallahhualam.


Maka kami di RH QIROAT CENTRE mengalu-alukan bagi yang berminat untuk turut serta bersama kami menginfaqkan Al Quran Qiroat.


Terima kasih. Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AFENDY KARIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 03, 2022

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat