Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada May 06, 2021

KEMPEN RUMAH BIRU

RM20,148 / 67.16 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

636 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

InshaaAllah bantuan yang kita buka ini adalah untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa buat mereka dengan niat untuk membina sebuah rumah kecil dengan lengkap pemasangan air serta elektrik.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Setelah kami menerima mesej yang viral berkaitan kedaifan Rumah Biru, pihak kami telah turun padang pada bulan Mac 2021 untuk melihat keadaan kawasan tersebut. Kami bertanyakan kepada penghuni rumah tersebut, apa kekurangan yang dihadapi? 
Melalui gambar rumah yang kami paparkan sudah jelas menyatakan bahawa mereka memang hidup dalam keadaan yang sangat daif kerana kerosakan besar yang dialami.


Wakil kami singgah & bertanya khabar sambil menyerahkan kotak Infaq Rezeki. Selepas menyantuni mereka, wakil kami mendapati rumah ni didiami oleh dua (2) beradik perempuan, seorang 50an, seorang lagi 40an. Pekerjaannya hanyalah menoreh getah untuk makan harian. Mereka sudah tinggal di sini berpuluh tahun dengan menumpang di atas tanah orang.


Lebih tersentuh apabila ditanya, mereka tidak mempunyai warganegara, baik Malaysia atau Thailand. Katanya mereka dahulu keluarga susah dan terabai jadi kehidupan berdikari itu adalah sejak dari muda sehingga kini mereka hadapi. Walaupun sudah tinggal di Malaysia berpuluh tahun tapi mereka tiada identiti, surat pengesahan mahupun MyKad.


Kami juga dimaklumkan bahawa tuan rumah ini memasak dengan  menggunakan dapur kayu dan bekalan air telaga yang digali sendiri. Hidup mereka atau pendapatan yang mereka dapat hanyalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 


InshaaAllah bantuan yang kita buka ini adalah untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa buat mereka dengan niat untuk membina sebuah rumah kecil dengan lengkap pemasangan air serta elektrik.


Semoga kita sama-sama dapat membantu. 
InshaaAllah.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)




Laporan semasa wakil UK PPIM membuat lawatan ke rumah tersebut pada bulan Mac 2021.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2021

MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 08, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

May 08, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2021

Kempen Sumbangan Tamat