INFAQ RAMADHAN BERSAMA SURAU AS SYABAB

RM1,807 / 18.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

101 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami amat mengharapkan sokongan anda dalam menjayakan kempen ini. Jom kejar pahala di bulan mulia. Sumbangan serendah RM10 anda mungkin menjadi asbab kita ke syurga kelak.


Assalamualaikum para dermawan yang dikasihi dan dirahmati sekalian, kami wakil pihak Surau As-Syabab juga tidak ketinggalan untuk mempersiapkan sambutan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, Ramadhan kali ini para jemaah boleh menunaikan solat tarawih yang amat dirindui dek kekangan penularan covid-19 yang melanda negara.



Tujuan kempen "Infaq Ramadhan" ini adalah untuk mengumpul sumbangan dari orang ramai yang sentiasa dahagakan sumbangan untuk kebaikan.



Pihak surau akan menggunakan sumbangan tersebut untuk membayar saguhati 2 orang imam solat tarawih, untuk majlis iftar ramadhan dan segala aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan & Syawal.


Saguhati Iman Hafiz: RM2400

Iftar 2 kali sepanjang ramadhan: RM4600 (termasuk tempahan khemah serta makanan)

Sumbangan untuk majlis Hari Raya Aidilfitri: RM3000 (untuk 120 orang penerima manfaat dari golongan asnaf) 


Dulu tunggu hari jumaat baru sedekah sebab nak dapat pahala berganda, tapi sekarang Bulan Ramadhan tiap hari Allah beri berganda pahala atas sedekah, amal kebaikan, bukan setakat pahala dan rezeki pun bertambah - tambah Allah bagi. "Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-sebaik pemberi rezeki" (Surah Saba': ayat 39)


Bulan mulia ini peluang terbaik berusaha buka pintu rezeki kita seluasnya dengan cara berinfaq. Ayuh! Marilah kita sama-sama menyumbang untuk aktiviti surau As-Syabab sepanjang di bulan Ramadhan dan Syawal. Semoga Allah menerima amalan kita semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2022

MOHD HAFI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat