SCOPURS MALAYSIA KLINIK KECEMASAN KESIHATAN MENTAL BERGERAK DI LEMBAH KLANG

RM750 / 0.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Klinik Kecemasan Kesihatan Mental Bergerak (Emergency Mobile Mental Health Clinics)

Klinik Kecemasan Kesihatan Mental Bergerak (Emergency Mobile Mental Health Clinics) adalah satu inisiatif kemasyarakatan daripada SCOPURS Malaysia yang menawarkan rawatan dan intervensi kesihatan mental berimpak tinggi yang mampu diperolehi oleh rakyat Malaysia, terutama masyarakat terpinggir yang memerlukan perkhidmatan penjagaan kesihatan mental dengan segera. Klinik kecemasan ini terdapat dalam versi ambulans bergerak lengkap dengan tempat tidur, kemudahan pemantauan jantung, ubat-ubatan, pakar mental perubatan, dan lain-lain. 

 

Sehingga kini, SCOPURS sedang menangani lebih daripada 50 kes yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental setiap hari. Melalui kempen ini ianya dapat membantu mengurangkan beban kesihatan dikalangan miskin bandar tanpa meminggirkan komuniti yang terjejas dan individu yang mengalami penyakit dan kecacatan kesihatan mental. Klinik Kecemasan Kesihatan Mental Bergerak ini akan dilakukan secara berperingkat; fasa pertama akan bermula di kawasan Lembah Klang dan kemudian, ia akan dapat diperluaskan dan dapat diakses ke seluruh negara.

 

Projek ini diramalkan akan memberi banyak manfaat kepada semua pihak terutama kepada penduduk miskin bandar yang amat memerlukan untuk mendapatkan rawatan dan mendapatkan kualiti rawatan yang terbaik semasa dan selepas pandemik Covid-19.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 07, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 01, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2021

Kempen Sumbangan Tamat