Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM220 / 7.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Takdir yang mulia mengundang kita untuk berbagi kebahagiaan dengan mereka yang membutuhkan. Momen Aidiladha yang akan datang sebentar lagi, Asar Humanity membuka pintu kepada anda untuk menjadi bahagian dari kebaikan yang tidak terhingga.

Sedekah daging yang akan diagihkan kepada pelajar-pelajar di maahad-maahad tahfiz adalah lambang kasih sayang dan keprihatinan kita terhadap orang lain terutama anak-anak pelajar tahfiz yang bertungkus-lumus mencapai pendidikan dan kehidupan yang lebih baik.

Bagi yang belum mampu melaksanakan ibadah korban secara penuh, kesempatan ini menjadi pintu bagi kita untuk tetap merasakan berkah dengan bersedekah daging. Berkongsi bersama daripada setiap sumbangan adalah langkah-langkah yang bernilai besar dalam menciptakan kebahagiaan bagi mereka yang tidak mampu makan daging.

Selain sebagai bentuk ibadah kepada Allah SWT, korban yang kita tunaikan juga membawa manfaat bagi sesama. Ibadah ini tidak hanya sebagai pemenuhan rukun Islam, tetapi juga sebagai wujud nyata dari kepedulian kita terhadap kesejahteraan bersama.

Dengan mengorbankan sebahagian rezeki, kita tidak hanya memperoleh pahala yang berlipat ganda, tetapi juga menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain. Setiap potongan daging yang sampai kepada mereka adalah bukti nyata bahwa mereka tidak sendirian dalam perjuangan hidup mereka.

Adapun yang belum mampu menunaikan seekor haiwan korban, anda dapat bersedekah mulai dari RM10. Kutipan sumbangan dari anda akan kami agihkan sampai cukup untuk membeli haiwan korban. Semoga Allah SWT menerima segala amal baik kita dan melimpahkan berkah serta rahmat-Nya kepada kita semua. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Penyebar Kebaikan!
Mari kita gandakan pahala dan kebahagiaan di 10 hari terakhir Zulhijjah ini. Waktu terbaik untuk menyebarkan rezeki dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di Indonesia dan Palestin.

Qurban bukan hanya ibadah, tapi lambang kasih sayang dan kepedulian.
“Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, melainkan Allah akan menambah keberkatannya.” (HR. Muslim)

Mari bersama ASAR Humanity menyebarkan keberkatan dan senyuman.
Klik link untuk berqurban: https://sumbangan.com/sedekahdagingbersamaasar
Salam hangat,
ASAR Humanity
#BuatBaik
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Mohon maaf pelaporan campaign sedekah daging yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha lagi boleh dimaklumkan hari ini. Mohon doa untuk tim Asar Humanity di lapangan, yang sudah berjibaku untuk memastikan pelaksanaan momen berkongsi dengan pelajar maahad tahfiz ini berjalan dengan lancar sehingga pelaporan semua campaign Qurban juga dilakukan dengan amanah.
Alhamdulillah ala kulli hal, dengan pengumpulan dana dari publik kami dapat membelikan 4 kambing. Dengan izin Allah SWT dan bantuan Tuan Puan, pada momen Aidiladha yang lepas, kita dapat meraikan dengan pelajar maahad tahfiz Al Fath yang berlokasi di Desa Sungai Gelam, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan. Maahad ini adalah satu pondok Tahfiz Al-Qur'an yang menampung santri dan santriwati Yatim Dhuafa, anak-anak ini dapat belajar agama dan Al Quran tanpa harus membayar kos pengajian.
Momen Aidiladha ini juga menjadi syiar agama yang diajarkan kepada para pelajar betapa pentingnya ibadah qurban sebagai salah satu ibadah yang amat Allah cintai. Ustadz Angga, selaku perwakilan pengasas maahad, menyampaikan rasa terima kasih kepada para penyumbang.
“Mewakili pondok pesantren Al-fath, sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para penyumbang yang sudah mengorbankan hartanya untuk berkurban di Maahad Al-Fath”. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Setelah disembelih, ambing tersebut dimasak menjadi masakan siap santap berupa gulai kambing dan tongseng kambing. Di hari Raya idul Qurban pelajar yang jauh dari tempat anda tinggal akhirnya dapat juga merasakan bahagia dengan sedekah daging terbaik anda.
Semoga makanan yang mereka makan menjadi energi untuk menghafalkan Al-Qur'an, Murojaah Al-Qur'an dan berinteraksi dengan Al-Qur'an. InshaAllah ada amalan jariyah yang mengalir kepada Tuan dan Puan.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity




Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 05, 2024
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 03, 2024