PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS

Dimulakan pada Jun 30, 2022

SEDEKAH JUMAAT DANA PENDIDIKAN PELAJAR TAHFIZ IBNU ABBAS FASA 2

RM1,130 / 22.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

66 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama kita membantu Tahfiz Ibnu Abbas PPTIA dengan sedekah Jumaat Buat masa ini kami masih lagi memerlukan dana bagi menampung kos yuran tertunggak sewa rumah tahfiz dan utiliti bulanan


Sekali lagi pihak Tahfiz Ibnu Abbas (PPTIA) terpanggil untuk mengadakan kempen sedekah Jumaat. Buat masa ini kami masih lagi memerlukan dana bagi menampung kos yuran tertunggak, sewa rumah tahfiz, utiliti bulanan, dan lain-lain lagi. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan Mac 2020 yang lalu, kebanyakkan pusat tahfiz swasta menghadapi kesulitan dari segi pengurusan kerana kekangan kewangan. Pusat tahfiz swasta kebanyakkannya berjalan dengan bantuan yuran dan keprihatinan para penyumbang daripada masyarakat Islam tempatan kita.





Oleh kerana pandemik Covid-19 ini, ramai yang terjejas pendapatan mereka sehingga ada antara mereka yang tidak dapat meneruskan sumbangan mereka yang tetap mahupun yang tidak tetap. Perkara ini telah menggugat perjalanan kebanyakkan pusat tahfiz swasta di Malaysia.



Kami sedang mencari dana untuk menampung yuran tertunggak pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Kini, yuran tertunggak Ibnu Abbas sudah mencecah hampir RM30,000.00. Kami sangat berhajat serta berbesar hati sekirannya muslimin dan muslimat membantu mendapatkan dana untuk yuran tertunggak serta kos-kos operasi Ibnu Abbas.



Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan. Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan muslimin dan muslimat. Semoga Allah membalas segala budi para dermawan sekali dengan pahala yang berganda. Amiin.



والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat