PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS

Dimulakan pada Jun 24, 2022

SEDEKAH JUMAAT TAHFIZ IBNU ABBAS FASA 2

RM1,505 / 30.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

87 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mencari dana bagi menampung yuran tertunggak pelajar kurang berkemampuan dan yuran tertunggak kos operasi Ibnu Abbas. Bantulah kami.


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Kami dari Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas (PPTIA), merupakan satu Pusat Pengajian Kitab dan Tahfiz swasta yang beralamat di No 55, Jalan Suadamai 4/1, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor. Pusat tahfiz kami mempunyai seramai 65 orang pelajar yang masih belajar di pusat pengajian ini.



Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan Mac 2020 yang lalu, kebanyakan pusat tahfiz swasta menghadapi kesulitan dari segi pengurusan kerana kekangan kewangan. Pusat tahfiz swasta kebanyakannya beroperasi dengan bantuan yuran dan keprihatinan para penyumbang daripada masyarakat Islam tempatan kita. Oleh kerana pandemik Covid-19 ini, ramai yang terjejas pendapatan mereka sehingga ada di antara mereka yang tidak dapat meneruskan memberi sumbangan kepada pihak tahfiz dan perkara secara tidak langsung menggugat perjalanan operasi kebanyakan pusat tahfiz swasta di Malaysia.



Kami sedang mencari dana untuk menampung yuran tertunggak pelajar-perlajar yang kurang berkemampuan, juga yuran tertunggak Ibnu Abbas dan buat masa ini hampir mencecah RM30,000.00. Kami sangat berhajat serta berbesar hati sekirannya pihak muslimin dan muslimat dapat membantu kami untuk mendapatkan dana yuran tertunggak serta kos-kos operasi Ibnu Abbas.




Dengan ini, kami di pihak Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas membuka peluang pemberian zakat dan tajaan dari pihak NGO, yayasan, syarikat, badan korporat, ahli perniagaan serta mereka yang ada kemudahan untuk sama-sama bantu membangunkan tahfiz kami yang akan melahirkan para Huffazul Quran insya-Allah.



Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan. Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah dengan bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.


والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat