ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 13, 2022

SEDEKAH MAKANAN KORBAN BENCANA BANJIR PAKISTAN

RM1,432 / 17.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

71 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Innalillahi wainna ilaihi raajiun banjir terdahsyat di Pakistan hampir menewaskan 1,400 korban maut dan puluhan juta warga terjejas mengalami kelaparan. Kirim bantuan makanan sekarang!


Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Ini kempen kedua berkaitan dengan berkongsi bantuan untuk Pakistan yang kami lancarkan. Mengapa? Kerana warga terjejas banjir di Pakistan masih membutuhkan pertolongan dari anda.


Pada ahad lepas, begitu banyak berita mengabarkan bahawa satu pertiga Pakistan kekal terbenam banjir paling dahsyat yang pernah berlaku di negara ini. Korban maut pun sudah hampir mencapai 1,400 jumlah kematian, kurang lebih 500 korban ialah kanak-kanak. Sementara itu lebih dari 13,000 orang dilaporkan terluka akibat dari kerusakan ini.


Hujan monsun dengan curah hujan tinggi sejak dua bulan lebih ini menyebabkan puluhan juta warga kehilangan rumah dan mengungsi ke tempat yang lebih aman. Dengan barang seadanya mereka tinggal di khemah sementara. Warga juga sulit mendapatkan tempat perlindungan. Diprediksi banjir akan terjadi lagi dalam beberapa minggu kedepan. Di mana lagi mereka boleh bertahan?





Wilayah Sindh, yang menghasilkan kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan negara, adalah antara yang paling teruk dilanda hujan. Wilayah itu menerima hampir enam kali hujan purata 30 tahun pada musim tengkujuh ini, yang telah merosakkan kira-kira 50% tanaman wilayah itu, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.


Sebelum terjadi banjir, Pakistan sendiri sudah mengalami kolaps di sektor ekonomi disebabkan oleh inflasi. Rakyat mengalami krisis dan tersandung kesusahan untuk mampu memenuhi kebutuhan sehari-hari. Mereka semakin terhimpit dengan terjadinya bencana ini. Untuk makan sahaja, mereka sulit.



Melihat fakta ini, Asar Humanity mengajak anda untuk bersama-sama menyediakan bantuan makanan. InshaAllah kita akan kirimkan bantuan makanan serta minuman untuk menghilangkan kelaparan dan dahaga, supaya mereka boleh bertahan hidup di tengah bencana ini. Anda boleh menyokong bantuan di bawah ini:


1. Makanan siap santap berisi nasi dan kari kacang ayam senilai RM12

2. Pakej makanan berisi beras 5kg, tepung 5kg, minyak masak 2 liter, kacang 2kg senilai RM130

3. Air minum 5 liter senilai RM9




Insha Allah keikhlasan dan dukungan anda akan meringankan duka saudara di Pakistan. Semoga Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan dan kelancaran rezeki. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan. 


Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?" Rasulullah SAW menjawab, "Kamu memberi makan kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim).


Jom#BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 16, 2022

ASROL BIN ABDUL SAID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2022

Kempen Sumbangan Tamat