SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

Dimulakan pada Jan 19, 2022

SEDEKAH SUBUH MEMBANTU SEKOLAH YANG 30 TAHUN TELAH BEROPERASI

RM180 / 1.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah Subuh ini akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan SRI Aman Kota Bharu. Sasaran bagi setiap kempen sedekah Subuh ini berjumlah RM10,000 setiap bulan.

Gantian yang Allah berikan tidak semestinya dengan ganjaran gantian dari kemewahan dunia. Ada sahaja bentuk gantian dengan anak yang soleh yang tidak mampu dibeli dengan seluruh harta dunia. Ada juga gantian Allah berikan dengan kelapangan jiwa kerana ada sahaja manusia yang mewah tetapi jiwa mereka merasa sempit, sentiasa resah dan gelisah.


"Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah’. Sedang malaikat yang satunya lagi mengatakan: ‘Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang menahan hartanya.’ (HR al-Bukhari)


Assalamualaikum wbt.


Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu (SRI Aman KB) dalam usaha ingin membangunkan bangunan kekal di Jalan Telipot, Kota Bharu untuk anak-anak SRI Aman KB. Oleh itu, pihak sekolah ingin membuka peluang kepada tuan/puan untuk turut sama-sama menyumbang kepada projek Tabung Pembelian Tanah & Pembangunan SRI Aman KB.




ANDA bayangkan wajah anak-anak SRI Aman yang dapat menjalani pendidikan di tempat yang lebih selesa?

Dan ANDA bayangkan berapa banyak pahala jariah yang mengalir kepada kita melalui penghasilan generasi yang dididik oleh sistem pendidikan Islam?


"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (QS: Al-Baqarah: 195)



Mari bersama kami membangunkan infrastruktur yang lebih baik untuk masa depan generasi akan datang. Semoga ianya menjadi pelaburan saham akhirat yang diterima oleh Allah SWT.


Begitu besar ganjaran bersedekah di sisi Allah sehingga turun ke dunia malaikat yang datang mendoakan kebaikan buat kita.


Ayuh bantu anak-anak SRI Aman KB untuk merealisasikan impian mendapatkan pembangunan yang lebih selesa dan pembelajaran yang lebih kondusif yang bakal memartabatkan institusi pendidikan Islam di Kelantan.




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat