Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Jan 04, 2023
RM14,650 / 29.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
710 Penyumbang
278 Baki Hari
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua para penderma yang dikasihi Allah. Keutamaan bersedekah itu sangat besar dan banyak. Ini jelas terbukti dengan banyaknya dalil-dalil dari pada Al-Quran dan hadis yang menyebutkan tentang kelebihan bersedekah, antaranya sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Adiy bin Hatim Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
“Siapa yang berkemampuan untuk mendinding dirinya dari api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka lakukanlah.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut ulama, tempat yang paling afdal untuk bersedekah adalah tempat-tempat yang mulia seperti Makkah al-Mukarramah, Masjid al-Haram, Madinah al-Munawwarah dan Bait al-Maqdis. Di mana yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebelum ini. Alhamdulillah, kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah telah berjaya mencapai matlamat dengan lebih 15000 penerima mendapat manfaat daripada kempen ini.
Justeru, PPIM akan terus berusaha agar program ini dijalankan berterusan dan tidak terhenti begitu sahaja. Masih ramai penduduk Mekah yang miskin dan perlu dibantu disana. Seperti sebelum ini, hasil sumbangan tersebut akan diagihkan dalam bentuk pek makanan dan minuman yang siap dimasak. Selain itu, pembahagian daging mentah serta pelbagai jenis sedekah yang dianjurkan disini kepada mereka yang memerlukan dan kepada jemaah terutamanya pada hari isnin dan jumaat.
“Bersedekah kepada orang miskin itu mendapat satu (pahala) sedekah, dan bersedekah kepada saudara mara itu mendapat dua (pahala): (iaitu pahala) sedekah dan (pahala) menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasa‘ie, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Darimi)
Kami menyeru orang ramai untuk sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam usaha membantu mereka yang tidak berkemampuan di kota suci Mekah. Sekecil-kecil sedekah yang anda sumbangkan ini amat bermakna buat mereka yang kelaparan dan tiada makanan. Semoga dengan sumbangan daripada anda ini dapat dipermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pelaksanaan agihan makanan sekali lagi di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas pemberian sumbangan oleh para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan.
Alhamdulillah, pelaksanaan agihan makanan sekali lagi di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas pemberian sumbangan oleh para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan.
Alhamdulillah, pada 20 Januari 2023 bersamaan hari Jumaat, pelaksanaan agihan makanan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas pemberian sumbangan oleh para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan.
Sesungguhnya orang yang suka bersedekah tidak akan pernah miskin dan Allah SWT akan melipatgandakan pahala mereka yang sentiasa memikirkan nasib saudaranya yang lain tatkala mereka memerlukan bantuan.
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI
Jumlah: 1
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2023