PERTUBUHAN KEBAJIKAN SINAR BAKTI

Dimulakan pada Dec 23, 2021

DANA BAIK PULIH KEMUDAHAN SEKOLAH AKIBAT BANJIR

RM16,590 / 55.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

265 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mengumpul dana bagi baik pulih dan penggantian kemudahan sekolah akibat banjir.

Dana Baik Pulih dan Penggantian Kemudahan Asas Sekolah Rendah Islam Integrasi (Serii)  Nurul Hidayah Akibat daripada Banjir


Rayuan sumbangan bagi tujuan baik pulih dan penggantian kemudahan  sekolah yang yang terletak di Kg. Sri Aman, Batu 13 Puchong ini telah mengalami banyak kerosakan akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini bermula 19 haribulan Disember yang lalu.


Sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam (JAIS) ini telah ditenggelami air akibat fenomena banjir yang melanda khususnya beberapa kawasan di sekitar Selangor. Banyak kemudahan sekolah seperti perabot, kerusi meja, beberapa unit komputer, buku buku serta rak dan beberapa kemudahan lain telah rosak sama sekali akibat banjir.



Pada ketika ini sekolah mempunyai 44 orang kakitangan termasuk guru guru yang berkhidmat demi memperkasa pendidikan berlandaskan Al Quran dan Sunnah bagi menjamin sistem tarbiyah dan penyampaian ilmu yang seimbang dan bersifat holistik.


Justeru, pihak pengurusan sekolah melalui Pertubuhan Kebajikan Sinar Bakti merayu kepada seluruh masyarakat yang prihatin sama-samalah membantu bagi memastikan proses pembejaran dapat terus dilaksanakan menjelang awal tahun 2022 nanti.


Sebagaimana diriwayatkan daripada Jabir Bin Abdullah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda " Setiap Kebaikan Ialah Sedekah "


Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2022

ZARINA BT MOHD GHAZALI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat