PERTUBUHAN MIHRAB

Dimulakan pada Dec 17, 2022

TUNAIKAN FARDHU KIFAYAH DENGAN SET JENAZAH

RM7,988 / 15.98 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

386 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Mihrab membuka peluang kepada semua untuk kita bersama-sama meringankan beban saudara seIslam dengan membantu menyediakan kit kelengkapan pengurusan jenazah ini.


“Apabila seorang manusia meninggal, maka putuslah amalnya kecuali tiga hal, sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”

(Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)


Ada empat kewajipan seorang Muslim terhadap saudara Islam yang meninggal dunia iaitu memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan menguburkannya. Namun, masih ramai lagi keluarga Islam diluar sana yang tidak mampu menguruskan dan menyediakan kelengkapan set pengurusan jenazah. 



Justeru, kami di Pertubuhan Mihrab membuka peluang kepada semua untuk kita bersama-sama meringankan beban saudara seIslam dengan membantu menyediakan kit kelengkapan pengurusan jenazah ini. Bantuan ini akan digunakan untuk pengurusan jenazah Muslim yang tak dituntut, jenazah yang tiada waris dan ahli keluarga jenazah yang tidak berkemampuan. Set kelengkapan pengurusan jenazah seperti berikut:


1. Kain putih bidang 13 meter

2. Kapas 300 gram 

3. Tali Putih 5 ikat

4. Air Mawar 1 botol

5. Minyak attar 1 botol

6. Kapur barus 1 paket

7. Serbuk cendana 1 paket

8. Sabun 1 ketul

9. Akar sintok 1 ikat

10. Celak 1 

11. Sarung Tangan 1 

12. Apron 1

13. Penutup muka 1

14. Putik kapas 




Insyaallah, semoga dengan usaha kecil kita sebagai seorang Muslim untuk menyempurnakan fardu kifayah terhadap Muslim yang lain menjadi asbab mendapat keredhaan Allah SWT dan dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Sep 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat