SURAU JUMAAT AT TAQWA

Dimulakan pada Jan 19, 2023

SUMBANGAN VAN JENAZAH SURAU AT TAQWA PPR KG BARU AIR PANAS

RM4,060 / 101.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

141 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak surau memohon sumbangan orang ramai untuk mencapai pembelian van jenazah bagi memudahkan urusan jenazah di Surau At Taqwa Ppr Kg Baru Air Panas.


Van jenazah buat komuniti setempat amatlah penting. Keperluan perkhidmatan van serbaguna di setiap kawasan zon-zon terlibat merupakan satu aspek yang perlu dititik beratkan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada anak-anak kariah dalam perkhidmatan pengurusan jenazah dan lain-lain.  



Kami memerlukan sedikit lagi dana untuk pihak surau berjaya membeli van jenazah ini. Tanpa bantuan anda semua, Hasrat masyarakat setempat tidak dapat terlaksana. Pihak surau sebolehnya ingin memudahkan urusan keluarga jenazah dengan pengurusan kematian yang lebih cepat jika van jenazah ini tersedia. Pihak keluarga tidak perlu menunggu lama untuk menguruskan mayat ahli keluarga mereka.



Selain itu, Jika sebelum ini van jenazah hanya digunakan dengan fungsi membawa jenazah sahaja, maka kini dengan perluasan penggunaan van pelbagai guna, fungsinya telah ditambah kepada penggunaan untuk membawa penumpang, membawa jenazah dan juga kerja-kerja kebajikan dan sosial kepada masyarakat setempat.



“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

ANIS ATHIRAH MAH HASAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat