Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Nov 15, 2022

SUMBANGAN PEMASANGAN SOLAR KEM PERKID

RM7,738 / 110.54 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

354 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Dana daripada anda sangat diperlukan dengan segera. Ayuh tunjukkan rasa peduli anda dengan menyokong PPIM membantu pemasangan solar di Kem Perkid.


Salurkan sumbangan anda di sini sekarang untuk membantu mereka supaya tempat kem dan rawatan perubatan Islam ini bebas daripada bil elektrik yang mencecah RM4000 sebulan.


Kem Perkid adalah singkatan kepada "Kem Rawatan dan Latihan PERKID" yang merupakan cadangan penempatan baharu bagi memenuhi permintaan masyarakat yang semakin meningkat dan digesa menghantar golongan muda ke institusi pemulihan akhlak dan sahsiah diri. Tujuan utama Kem Perkid adalah membantu golongan muda yang bermasalah untuk membentuk mereka menjadi masyarakat dan ummah yang berjaya di dunia dan di akhirat.



Bil elektrik di Kem Perkid pada mulanya tidak tinggi berbanding sekarang. Pada tahun 2021 bil elektrik hanya mencecah RM1,500 sahaja. Tetapi pada tahun 2022 jumlah golongan muda yang memerlukan rawatan akhlak dan sahsiah semakin hari semakin tinggi. Sejurus peningkatan bilangan golongan muda di Kem Perkid, bil elektrik semakin bertambah untuk menampung jumlah golongan muda ini. Anggaran jumlah bil elektrik pada tahun 2022 mencecah RM4,000 sebulan.



Oleh itu, kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terpanggil untuk meringankan bebanan dan kos yang terpaksa di tanggung oleh pihak Kem Perkid. Dengan ini, kami mewujudkan satu tabung infak pemasangan solar secara percuma untuk Kem Perkid ini.


Melalui hasil sumbangan ini, PPIM telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pemasangan solar akan memasangkan sebanyak 172 unit solar panel dan juga satu inverter termasuk pemasangan sistem pemantauan seumur hidup dan juga penyelenggaraan secara percuma di Kem Perkid.



مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat