TABUNG SUMBANGAN BENCANA ALAM PKPR BATU PAHAT

RM850 / 1.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BERGANDING BAHU DALAM MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BENCANA ALAM MENERUSI TABUNG SUMBANGAN BENCANA ALAM BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT, HULURKAN BANTUAN, RINGANKAN BEBAN" PKPR.


Assalamualaikum wbt. Saban tahun Malaysia dikejutkan dengan kejadian bencana alam yang terjadi dalam skala yang besar dan berlaku dibeberapa tempat secara serentak tanpa menggira topografi ataupun lokasi dimana pada 2021, bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam terjejas teruk dengan bencana alam banjir besar yang berlaku dengan pantas dan tidak terduga.



Oleh itu, Pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat dengan ini mengambil sedikit daripada tanggungjawab dalam membantu para mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan yang diperlukan sama ada turun semasa bencana berlaku membantu mangsa bencana, mahupun sesudah bencana dimana pelbagai bantuan yang diperlukan seperti pembersihan, kesihatan, makanan dan keperluan asas mangsa-mangsa banjir.



Pihak Persatuan membuka ruang kepada semua Insan diluar sana untuk turut membantu dengan menghulurkan sedikit bantuan menerusi Tabung Sumbangan Bencana Alam yang dilancarkan oleh Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat dalam usaha kami membantu mangsa-mangsa bencana dalam meringankan bebanan yang mereka alami.


Diharap usaha dan niat Persatuan ini disambut baik oleh semua pihak dan para penyumbang yang menghulurkan bantuan walau sekecil apapun, menerima faedah yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan mereka, In Shaa Allah. Amin Ya Allah Ya Mujib.



Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.” Riwayat Ibn Majah (2417)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

NURUL FITRIYATON IDAWIYAH BT NAHRAWI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2022

SHUKOR JALIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat