SURAU AL-ABIDIN

Dimulakan pada Aug 04, 2022

KEMPEN SUMBANGAN PROJEK BAIK PULIH SURAU AL-ABIDIN

RM3,062 / 1.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

153 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Surau Al-Abidin, Kelana Jaya ingin mempelawa orang ramai untuk menyumbang untuk membaik pulih surau yang merupakan pusat ibadah serta kuliah bagi warga kariah tempatan.


Assalamualaikum WBT. Kami dari Surau Al-Abidin, Kelana Jaya ingin mempelawa orang ramai untuk menyumbang untuk membaik pulih surau yang merupakan pusat ibadah serta kuliah bagi warga kariah tempatan. Kempen ini dijalankan untuk mengutip dana bagi memperbaiki dan menaik taraf surau supaya ia lebih selesa untuk kegunaan orang ramai. Buat masa ini, sesetengah bahagian surau telahpun dinaik taraf secara berperingkat. Namun, masih banyak lagi kerosakan yang belum diperbaiki. Kami memerlukan dana awam untuk memperbaiki sepenuhnya atap yang sudah usang dan bocor. Sistem audio dan pendawaian juga perlu ditukar dan dinaik taraf.



Gambar 1: Keadaan asal Surau Al-Abidin sebelum dinaik taraf


Untuk pengetahuan semua, Surau Al-Abidin sangat aktif dalam melakukan aktiviti kegamaan. Kami menyusun banyak program seperti bacaan Yasin dan kuliah Jumaat untuk warga setempat. Malah, kami juga pernah mengadakan program beramah-mesra bersama anak yatim. Pada bulan Ramadan, surau juga dihidupkan dengan aktiviti berbuka puasa dan juga tarawih.



Gambar 2: Keadaan atap Surau Al-Abidin yang sudah usang dan perlu ditukar


Antara program yang pernah dijalankan di Surau Al-Abidin. Antanya ialah program berbuka puasa serta program beramah mesra dengan anak yatim. Besar harapan kami agar Surau Al-Abidin dapat dihidupkan semula dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan awam. Pada masa hadapan, kami juga bercita-cita untuk melakukan lebih banyak program-program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.



Visi kami adalah untuk menjadikan surau ini sebagai pusat kegiatan awam disamping menyediakan pelbagai lagi aktiviti lain yang sesuai untuk kariah setempat. Walau bagaimanapun, kami tidak mampu melakukan pembaik pulih surau tanpa bantuan orang ramai. Jadi, kami memohon bantuan ikhlas orang awam untuk menyumbang supaya kami dapat merealisasikan cita-cita kami untuk menyediakan sebuah surau yang lengkap serta selesa untuk kegunaan ramai.


“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 08, 2022

MOHAMAD NAJIB BIN SHAPEEI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat