TABUNG SENYUMAN SI COMEL

RM870 / 5.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tidak semua mempunyai nasib yang sama, kerana ada golongan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat untuk membeli susu dan lampin pakai buang untuk anak mereka. Ayuh kita bantu mereka!


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Apakah perasaan yang kita rasai apabila anak-anak tidak diberikan susu yang sepatutnya sebagai minuman yang akan menggantikan makanan dalam badan mereka, dan juga tidak mempunyai lampin pakai buang untuk digunakan secara harian seperti anak-anak yang bernasib baik?



Apakah nasib anak-anak yang terpaksa minum air kopi, teh, atau sirap untuk menggantikan susu? Sudah pasti tiada ibu bapa yang inginkan semua ini berlaku.  Namun, nasib tidak menyebelahi mereka, dan kehidupan mereka takkan berubah tanpa bantuan dari kita. Anak-anak syurga ini amat mengharapkan bantuan kita untuk membela nasib mereka. Bantuan dari anda semua pasti dapat mengubah nasib mereka seperti anak-anak yang lain. Setiap wang ringgit yang anda sumbangkan akan membantu ramai anak-anak yang kurang bernasib baik di luar sana.



Kempen bagi projek "Tabung Senyuman Si Comel" ini adalah sebuah usahasama Sahabat Adyan Nadzir Care bersama Skuad Adam Danish Care, dengan sasaran kutipan sebanyak RM15,000 dalam tempoh 3 bulan, dengan sasaran 150 buah keluarga. Kami mensasarkan untuk memberikan bantuan berupa susu dan lampin pakai buang kepada anak-anak yang terkesan ini. 



Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 29, 2022

MOHD YUSOFF BIN YAHAYA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat