INFAQ AMBULAN

RM2,060 / 0.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM600,000

77 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ambulan PICOMS yang sedia ada digunakan untuk mengambil para asnaf untuk ke pusat hemodialisis dan hospital. Oleh itu, penambahan ambulan amat diperlukan buat masa ini apatah lagi musim pandemik.

Perkhidmatan ambulan swasta merupakan salah satu perkhidmatan berkait dengan perubatan dan kesihatan yang terlibat dalam rawatan dan pemulihan pesakit. Perkhidmatan ini melibatkan beberapa profesion sains kesihatan seperti Pembantu Perubatan dan Jururawat yang bekerja dalam kumpulan multidisiplin bersama-sama dengan profesion doktor bahagian rawatan umum dan rawatan kecemasan. Kumpulan multidisiplin ini perlu bekerjasama bagi mencapai matlamat pengurusan pesakit ke tahap maksimum. Selain itu, perkhidmatan ini juga amat diperlukan di hospital kerajaan atau swasta, Pusat Hemodialisis, Pusat Penjagaan Kejururawatan, Pusat Penjagaan Warga Emas, klinik pesakit luar kerajaan atau swasta yang mana keperluan tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun.


Perkhidmatan ambulan meliputi semua pesakit yang mengalami masalah fizikal, medikal, neurologikal dan psikologikal yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan yang lengkap dengan peralatan perubatan kecemasan dan bukan kecemasan. Asas perkhidmatan pengangkutan pesakit ini merangkumi daripada beberapa klasifikasi atau kategori seperti keperluan pengangkutan bukan kecemasan ;  rawatan harian pesakit ke pusat heamodialisis, temujanji pesakit ke klinik pakar atau pusat fisioterapi, keperluan pengangkutan pesakit kecemasan ; pesakit perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan bagi kategori Zon Merah, dan zon kuning. Keperluan pengangkutan pesakit ini semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya yang melibatkan kepada komplikasi penyakit yang menyebabkan pesakit kehilangan fungsi tubuh badan normal seperti lumpuh dan koma. Jumlah perbelanjaan untuk membeli 2 buah ambulan beserta kelengkapan adalah sebanyak RM600,000.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat