PERTUBUHAN KEBAJIKAN SINAR BAKTI

Dimulakan pada Jan 27, 2022

INFAQ VAN JENAZAH KOMUNITI

RM4,435 / 2.96 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

170 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Menyediakan sebuah Van Jenazah untuk komuniti sekitar Taman Tun Perak , Batu 9 Cheras, Selangor.

Proses pengurusan jenazah agak lambat setiap kali ada berlaku kematian di kawasan Batu 9 Cheras dan Taman Tun Perak. Hal ini tidak patut terjadi kerana hal berkenaan mengurus jenazah perlu dilakukan segera. Sekiranya jenazah lambat diuruskan, jasad mula mengeras dan membengkak serta mula mengeluarkan bau hingga mungkin boleh mendatangkan aib kepada si mati sedangkan Rasulullah SAW menyuruh kita untuk berkata perkara baik kepada orang yang sudah meninggal dunia.


Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT. Di sini kami memohon & menyeru kita semua untuk bersama-sama menyumbang ke atas kempen ini. Kami dari Pertubuhan Kebajikan Sinar Bakti (PKSB) terpanggil untuk melihat keadaan penduduk di kawasan Batu 9 Cheras dan Taman Tun Perak ini. Keluhan penduduk menyatakan bahawa kesukaran proses pengurusan jenazah apabila ada kematian di kawasan ini.



Jadi kami di PKSB bersepakat untuk manjalankan kempen ini untuk mendapatkan van jenazah untuk penduduk di kawasan Batu 9 Cheras, Taman Tun Perak dan kawasan berhampirannya. Matlamat kami adalah untuk mempermudahkan urusan mereka disini.

"Apabila matinya salah seorang dari kamu maka janganlah kalian mengurungnya (melewatkan pengebumiannya) dan segerakanlah membawanya ke kuburnya."

Riwayat al-Baihaqi (8689)


Bayangkan jika dalam satu hari berlaku lebih dari 1 kes kematian ? Kemungkinan proses akan menjadi makin lama, dan mungkin juga jenazah lain terpaksa di simpan dahulu sementara menunggu kekosongan van jenazah untuk di bawa ke tanah perkuburan.

Penduduk setempat terpaksa mendapatkan khidmat van jenazah di bawah masjid berdekatan. Semakin merumitkan apabila berlakunya kematian serentak di antara kawasan-kawasan yang berdekatan dan mengakitbatkan urusan pengebumian sedikit terganggu. 


Kami amat berharap, dengan adanya van jenazah yang bakal diinfaqkan nanti, penduduk di kawasan Taman Tun Perak dan berdekatan ini mampu menyempurnakan urusan pengebumian jenazah dengan lebih cepat. Sesungguhnya sebaik-baik jenazah itu perlu di segerakan urusan pengebumiannya. 

Kami hargai budi baik & kesudian saudara-saudari menyumpang ke atas kempen ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan tersebut. Kami menitipkan doa buat saudara-saudari semua, semoga kita semua berada di bawah lindungan-NYA. Sentiasa dibawah rahmat – NYA 

Semoga ada catatan kebaikan kita di bawa ke langit-NYA. 

Kami dahului jutaan terima kasih pada semua penyumbang.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat