YAYASAN MU'MIN MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 01, 2021

PROGRAM WAKAF VAN

RM5,638 / 4.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM130,000

159 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Alhamdulillah, dengan Rahmat dan IzinNya beribu Maahad Tahfiz telah dibangunkan di negara kita demi untuk mendidik anak-anak kita untuk menjadi seorang Al Hafiz d...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan Rahmat dan IzinNya beribu Maahad Tahfiz telah dibangunkan di negara kita demi untuk mendidik anak-anak kita untuk menjadi seorang Al Hafiz dan sekaligus membentuk akhlak yang mulia. Namun, ramai yang tidak tahu penat jerih mereka yang berusaha untuk menyediakan semua kemudahan di Maahad Tahfiz ini.

Antara kemudahan yang tidak kurang pentingnya di Maahad Tahfiz ini ialah pengangkutan. Kebanyakkan Maahad Tahfiz ini dibina jauh dari kawasan penempatan untuk mengelakkan gangguan. Anak-anak ini terpaksa berjalan berkilometer jauhnya untuk menunaikan Solat Jumaat. Bayangkan keadaan mereka apabila sampai ke masjid dengan baju dan seluar yang sudah basah akibat peluh. Selain dari itu, pengangkutan diperlukan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, menghadiri jemputan, urusan tahfiz, pelajar, kecemasan dan rehlah ilmu. Jadi, pengangkutan menjadi keperluan utama di sini.

Untuk tujuan itu, kami di Yayasan Mu’min Malaysia sedang berusaha mengumpul dana untuk membantu Maahad Tahfiz Miftahul Jannah (MTMJ) untuk membeli sebuah van untuk kegunaan para pelajar yang kini mencecah hampir 100 orang. MTMJ telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan telah menerima Sijil Perakuan Pendaftaran (No Pendaftaran : JAIPk/TAHFIZ/IP.176/2020) dari Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Islam Perak Darul Ridzuan pada 25-02-2020.

Jom kita menyumbang melalui kempen ‘Program Wakaf Van Maahad Tahfiz Miftahul Jannah ini. Semoga dengan sumbangan dari Umat Islam seluruh Malaysia, akan memudahkan semua urusan pengurusan Maahad Tahfiz dan para pelajar. Mari kita bersama-sama berdoa agar semua sumbangan kita ini mendapat berkat dari Allah S.W.T.

Sedikit Dari Anda, Tetapi Sangat Bermakna Untuk Kami’

Pengerusi

Yayasan Mu’min Malaysia

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 18, 2022

ABDLY RASHEED ZULFAIZAL BIN ZAKARIA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2022

MOHD AKMAL BIN AZHAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat