BANTUAN DANA KOS PEMBINAAN ASRAMA ANAK YATIM

RM63,797 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM63,797

3012 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk membina asrama perempuan anak yatim Nur Kasih yang baru bagi meggantikan asrama yang sedia ada yang semakin uzur dan banyak kerosakan.


Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih telah menubuhkan "Maahad Tahfiz Nur Kasih" bertempat di Kapar, Klang yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Zubir Bin Haji Omar bersama isterinya Puan Hajjah Maryam Binti Haji Ahmad Shafie pada tahun 2018.



Di Pertubuhan ini, matlamat utamanya adalah untuk melahirkan anak-anak yang dididik dengan sempurna dari segi agama, akhlak dan asas kehidupan untuk masa depan mereka. Pelajar di sini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf zakat, fakir miskin dan anak terbiar. Jumlah pelajar di sini adalah seramai 100 orang pelajar.




Rasulullah SAW bersabda:


“𝑆𝑒𝑏𝑎𝑖𝑘-𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑢𝑚 𝑚𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚𝑖𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑦𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑖𝑘. 𝑀𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑙𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑢𝑟𝑢𝑘-𝑏𝑢𝑟𝑢𝑘 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑢𝑚 𝑚𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚𝑖𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑘𝑖𝑡𝑖 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎 (𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡)”



ASRAMA PELAJAR PEREMPUAN DALAM KEADAAN UZUR


Sebahagian rumah ada juga yang sudah dimamah oleh anai-anai dan kebanyakan bumbung sudah bocor. Ini sangat membimbangkan kerana keselamatan buat pelajar-pelajar ini juga adalah keutamaan bagi pihak pertubuhan. Keadaan asrama pelajar perempuan kini sudah terlalu uzur dan untuk membaik pulih pula akan menelan belanja yang besar.


Sementara ini kami terpaksa memindahkan sebahagian pelajar ke tempat yang lebih selesa dan selamat. Di sinilah Tuan Haji Zubir Haji Omar berhasrat untuk membangunkan asrama baharu selain menyelesaikan permasalahan yang dihadapi pelajar-pelajar.





BANTUAN DANA PEMBANGUNAN ASRAMA BAGI PELAJAR PEREMPUAN DIPERLUKAN


Tuan Haji Zubir Bin Haji Omar mengambil inisiatif untuk menempatkan pelajar-pelajar khususnya pelajar perempuan di asrama yang baharu dan ini bertujuan untuk memberi ruang kemudahan pembelajaran dan tempat tidur yang lebih selesa.


Bagi dana ini, ia temasuk dengan pembangunan bilik warden, perpustakaan mini, kelas pengajian, bilik air pelajar, asrama pelajar perempuan, surau muslimat dan juga kelengkapan bagi pelajar-pelajar. (perabot, katil, tilam dan lain-lain). Kos yang diperlukan ini pembangunan ini sekitar RM800,000 dan bagi fasa yang pertama ini kami berhasrat untuk mengumpul sebanyak RM200,000 bagi menggerakkan pembangunan ini.



Ekoran itu, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang ke Pembangunan Asrama Maahad Tahfiz Nur Kasih.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎), 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎.”

(Surah Ali Imran, ayat 92)


Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos pembangunan ini bagi menyediakan kemudahan pembelajaran dan ruang tidur yang lebih selesa.


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus menghubungi 013-274 9573 atau Tuan-tuan dan Puan-puan boleh menziarahi terus ke alamat : Lot 53958 Jalan Tanjung Shawal,Batu 3, Jalan Kapar, Klang, Malaysia.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 19, 2023

NOR AZAM HJ KAMISAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat