ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Mar 20, 2025

KEJAR AKHIR RAMADAN UNTUK BANTU PAKISTAN

RM587 / 11.74 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan pek makanan kering untuk keluarga miskin yang berpuasa dalam keadaan serba kekurangan. Kami memerlukan RM100 untuk 1 pek. Jom bantu!


Ramadan semakin menghampiri penghujungnya, dan kini kita berada di fasa yang paling istimewa iaitu 10 malam terakhir. Inilah saat di mana pintu rahmat terbuka luas, dan pahala digandakan berkali-kali, terutama pada Laylatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.



Di saat kita sibuk mengumpul pahala dan mendekatkan diri kepada Allah, ribuan keluarga miskin di Pakistan masih menanti rezeki untuk berbuka puasa. Mereka tidak meminta lebih, cuma sekadar makanan asas untuk mengisi perut yang lapar selepas seharian berpuasa.



Dengan hanya RM100, anda boleh menyumbang satu pek makanan kering yang cukup untuk sebuah keluarga berbuka dan bersahur sepanjang Ramadan yang masih berbaki ini. kesinambungan dari kempen kami yang lalu sumbangan.com/ramadandipakistan, kami berjaya mengagihkan bantuan sebanyak 100 pek makanan ke 2 buah kampung, Lakhaba dan Adam Khan.



Ganjaran berganda, pahala berpanjangan. Sedekah di saat sukar, bukti keimanan sejati. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2025

Kempen Sumbangan Tamat