Terma & Syarat


sumbangan.com (laman sesawang/platform) adalah sebuah platform yang dikendalikan oleh Gerbang Sumbangan Sdn Bhd (Kami). sumbangan.com juga menghubungkan antara penganjur kempen dan penyumbang secara atas talian. Ianya diwujudkan untuk membantu Organisasi/Pertubuhan, NGO, Badan Bukan Komersial serta individu yang memerlukan sumbangan secara telus, mudah dan sistematik tanpa eksploitasi.

Dengan mengunjungi dan menggunakan platform sumbangan.com, pengunjung atau pengguna (Anda) memahami Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah.

Sekiranya Anda sebagai pengguna laman sesawang tidak bersetuju dengan mana-mana perkara yang dinyatakan di bawah, Anda tidak dibenarkan menggunakan laman sesawang kami.

Kami menyediakan platform untuk pengumpulan sumbangan secara atas talian daripada orang awam (online crowdfunding) kepada pengguna melalui laman sesawang ataupun melalui aplikasi telefon pintar (Mobile Apps) berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan dengan Penyelenggaraan Pengumpulan Sumbangan oleh Gerbang Sumbangan Sdn Bhd melalui platform sumbangan.com yang telah ditubuhkan.

Berkenaan dengan kebenaran untuk Penyelenggaraan Pengumpulan Sumbangan Kepada sumbangan.com untuk pecahan kepada kempen yang berdaftar.

Pihak kami berhak secara mutlak untuk mengubah suai serta menukar sebahagian atau keseluruhan kandungan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Ini bermaksud kami berhak mengubah dari semasa ke semasa melalui persetujuan dari pihak kami. Pihak kami akan memaklumkan kepada pengguna platform segala perubahan yang dilakukan melalui hebahan e-mel, media sosial dan juga melalui platform sumbangan secara terus.

Terma dan Syarat baharu akan di kuatkuasa setelah pihak kami memaklumkan kepada setiap pengguna melalui hebahan di platform, e-mel ataupun sosial media kami. Perubahan yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh perubahan undang-undang negara mengikut kesesuaian pengguna.

Pengguna sumbangan.com disarankan untuk membaca serta memahami Terma dan Syarat di bawah secara teliti kerana ini akan mempengaruhi hak dan ketentuan sebagai pengguna sumbangan.com. Soalan lazim berkenaan sumbangan.com boleh dibaca melalui laman sumbangan.com di bahagian Soalan Lazim.


Umum
  1. Definisi
    1. Akaun adalah suatu tetapan yang diwujudkan untuk memudahkan pengguna platform sumbangan.com. Dengan adanya akaun, setiap pengguna boleh mengakses platform sumbangan.com secara lebih meluas serta boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam platform sumbangan setelah melakukan pendaftaran dengan memasukkan beberapa data atau maklumat yang diperlukan. Setelah pendaftaran disahkan oleh pihak penyedia platform, pengguna boleh log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang telah didaftarkan.
    2. Penerima sumbangan adalah:
      1. Pihak yang merangkap sebagai penganjur kempen yang telah berdaftar di platform sumbangan.com atau
      2. Pihak selain daripada penganjur kempen iaitu Individu, Pertubuhan, Organisasi, NGO, Badan Bukan Komersial yang menerima manfaat melalui sumbangan daripada kempen yang telah dilakukan.

      Untuk permohonan penganjur kempen oleh individu, mereka akan mendapat sumbangan daripada pihak NGO yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kempen mereka.
    3. Sumbangan adalah dana atau derma yang dinyatakan dalam nilai Ringgit Malaysia.
    4. Kempen adalah satu usaha yang dijalankan oleh penganjur kempen untuk mendapatkan sumbangan, bagi tujuan tertentu mengikut kategori yang terdapat dalam platform seperti kemasyarakatan, kemanusiaan, pendidikan, kebajikan, kesihatan, kesedaran, pembangunan dan lain-lain secara ikhlas dan tidak mengharap kan apa-apa imbuhan.
    5. Kempen Rawak adalah kempen yang dipilih secara rawak (random campaign) berdasarkan budi bicara penyedia platform untuk menerima jumlah pengumpulan sumbangan suatu kempen yang lain dalam keadaan-keadaan tertentu.
    6. Penganjur kempen adalah terdiri daripada individu, kumpulan, pertubuhan, organisasi, NGO atau badan bukan komersial yang menggunakan platform untuk membuat kempen seperti yang tersenarai dalam kategori sumbangan.
    7. Penyumbang terdiri daripada individu, organisasi, kumpulan, atau pertubuhan, badan komersial atau badan bukan komersial yang berdaftar di platform ataupun tidak berdaftar yang menyokong dan menyumbang untuk kempen-kempen di platform.
    8. Fundraiser adalah individu atau organisasi yang bertanggungjawab terhadap kempen yang dibuat oleh penganjur kempen dengan cara, menyokong kempen yang dilakukan. Oleh itu, mereka boleh melakukan hebahan untuk menyokong kempen tersebut tetapi ianya perlu seiring dengan kempen utama. Sumbangan yang masuk ke dalam kempen fundraiser tersebut akan masuk ke dalam kempen utama.
    9. Kandungan adalah termasuk semua jenis bahan penulisan serta info grafik yang dimasukkan ke dalam platform oleh penganjur kempen dan bukannya daripada pihak sumbangan.com.
    10. Kandungan yang dilarang adalah segala jenis bahan penulisan dan info grafik yang dimuatnaik ke dalam platform yang melanggar Terma dan Syarat sumbangan.com atau kandungan yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan perundangan Malaysia dan juga hukum syarak.
    11. Laporan atau aduan adalah satu bentuk pemberitahuan yang dibuat oleh pihak pengunjung atau pengguna platform kepada sumbangan.com berkaitan maklumat yang tidak sahih serta pelanggaran syarat melalui undang-undang ataupun syarak. Pihak sumbangan.com akan memeriksa laporan yang dikemukakan dengan terperinci.
    12. Gerbang pembayaran adalah satu badan yang telah dilantik oleh Gerbang Sumbangan Sdn Bhd untuk menguruskan dan memudahkan pengumpulan sumbangan daripada penyumbang bersama pihak bank yang telah dipilih.
    13. Pelaksanaan kempen adalah merujuk kepada penganjuran kempen oleh penganjur kempen yang akan bertanggungjawab untuk mengendalikan kempen yang dianjurkan.
    14. Pemindahan sumbangan adalah tindakan penyedia platform memindahkan (transfer) sumbangan yang terkumpul daripada penyumbang melalui kempen yang dijalankan oleh penganjur kempen.
    15. Pengumpulan sumbangan adalah proses pengumpulan dana dari pihak awam (crowdfund) untuk membina komuniti saling membantu dari segi pembangunan kesejahteraan rohani, jasmani, mental dan budaya.
    16. Pengguna Platform terdiri daripada penganjur kempen, penyumbang dan penerima sumbangan secara langsung ataupun tidak langsung.
    17. Pengunjung Platform adalah pihak yang mengakses, membuka, dan memperoleh maklumat dari platform.
    18. Platform adalah laman sesawang atau satu aplikasi yang diwujudkan oleh pihak sumbangan.com untuk pihak pengguna. Dengan adanya penggunaan jaringan internet, pengguna dapat mengakses data-data yang terdapat di dalamnya secara sistem elektronik yang di kendalikan oleh bahagian teknikal sumbangan.com. Namun segala transaksi yang melibatkan pihak lain (Bank dan juga Gerbang Pembayaran) adalah tertakluk kepada pihak ketiga.
    19. Penyedia Platform adalah sumbangan.com yang di kendalikan oleh pihak Gerbang Sumbangan Sdn Bhd yang menyelenggarakan program pengumpulan sumbangan atas talian berdasarkan nombor pendaftaran 1373137-U yang berdaftar pada tarikh 3 Julai 2020.
    20. Terma dan Syarat adalah syarat umum yang ditetapkan kepada pengguna platform yang akan diubah pada bila-bila masa oleh pihak penyedia platform dari semasa ke semasa.
    21. Buletin adalah ciri yang terdapat pada laman kempen yang berfungsi sebagai tempat untuk pemberitahuan kepada semua penyumbang atau pengunjung platform berkenaan berita terbaharu mengenai kempen, penggunaan sumbangan dan lain-lain.
    22. Pengesahan adalah tindakan akhir setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak penyedia platform terhadap akaun, bahan atau kandungan, serta permohonan pemindahan sumbangan yang dipohon oleh pihak pengguna platform.
    23. Kemaskini Kempen adalah perkembangan pelaksanaan kempen yang perlu disediakan oleh penganjur kempen dan menjadi tanggungjawab penganjur kempen untuk menyediakan laporan untuk penyumbang atas sumbangan yang telah mereka berikan.
  2. Kos Operasi dan Kos Tambahan
    1. Sumbangan yang diperolehi dari kempen melalui platform akan dikenakan caj pengurusan platform oleh penyedia platform sebanyak RM2.00 atau 5% bagi mana-mana yang lebih tinggi.
    2. Sekiranya kerajaan Malaysia mengumumkan perubahan seperti pungutan, pajak atau cukai terhadap hasil kutipan sumbangan, penyedia platform akan menetapkan caj tambahan yang bersesuaian seperti yang ditentukan oleh undang-undang Malaysia.
  3. Pendedahan Secara Sukarela
    Penyedia platform tidak bertanggungjawab atas pendedahan secara sukarela oleh pengunjung platform atau pengguna platform terhadap maklumat yang dinyatakan dalam bentuk pertanyaan, kenyataan, komen, idea, kritikan atau cadangan.
  4. Penafian sumbangan.com
    Untuk makluman Anda, sumbangan.com bukan lah sebuah Lembaga Zakat/ Pemiutang/ Akauntan/ Pengutip Sumbangan. sumbangan.com merupakan platform pengumpulan sumbangan yang menghubungkan penganjur kempen dengan penyumbang. sumbangan.com tidak bertanggungjawab atas pelaksanaan atau maklumat yang disediakan oleh penganjur kempen, penyumbang, penerima sumbangan atau pengguna lain. sumbangan.com dengan ini melepaskan semua tanggungjawab dalam hal tersebut selagi tidak melanggar undang-undang negara Malaysia.

    Semua maklumat yang terpapar dalam kandungan kempen pada platform sumbangan.com adalah merupakan maklumat dari pihak penganjur kempen. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak menjamin ketepatan atau kebenaran dari kandungan yang dibuat oleh penganjur kempen.

    Segala maklumat yang terkandung di laman kempen sumbangan.com adalah di bawah risiko Anda sendiri.

    ssumbangan.com tidak menyokong atau menyelenggara sesebuah kempen yang dianjurkan oleh penganjur kempen kecuali terdapat perjanjian bertulis terlebih dahulu. Kami dengan tegas menolak kewajipan atau tanggungjawab atas kegagalan setiap kempen atau jumlah sumbangan tidak memenuhi ketetapan penganjur kempen.
  5. Laporan dan Pengaduan
    1. Pengunjung Platform dan Pengguna Platform berhak untuk mengajukan Laporan atau Aduan kepada penyedia platform syarat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau mana-mana pihak yang telah menyalahguna maklumat atau hasil sumbangan.

      Pengunjung platform atau pengguna Platform berhak untuk melaporkan kepada penyedia platform berkaitan kesalahan, penipuan serta pelanggaran Terma dan Syarat tetapi ianya tidak terhad kepada:
      1. Pengunjung Platform atau Pengguna Platform yang memasukkan data dan maklumat yang tidak lengkap, tidak benar, tidak sahih atau tidak wujud atau palsu;
      2. Pengguna platform sama ada (pemohon/penganjur kempen) yang memasukkan maklumat yang salah serta tidak sahih yang berunsur kepada penipuan atau pemalsuan.
      3. Pengunjung Platform atau Pengguna Platform yang memasukkan dan memuat naik kandungan yang dilarang;
      4. Pengguna platform sama ada (pemohon/penganjur kempen) yang membuat kempen atau bahan dan maklumat yang dilarang atau menyalahi undang-undang.
      5. Penganjur kempen yang menyalah guna hasil kutipan sumbangan yang diperoleh daripada kempen di sumbangan.com.
      6. Penganjur kempen yang tidak memenuhi atau hanya memenuhi sebahagian dari pelaksanaan kempen, atau memenuhi pelaksanaan kempen tetapi tidak sesuai seperti yang dijanjikan oleh penganjur kempen melalui platform.
      7. Penganjur kempen yang tidak memenuhi syarat pelaksanaan kempen yang telah ditetapkan ataupun telah memungkiri perjanjian yang telah dibuat antara penganjur kempen dengan sumbangan.com.
    2. Kandungan yang Dilarang:
      1. Penulisan serta maklumat yang diberikan tidak benar.
      2. Kandungan atau maklumat yang mempunyai unsur jenayah siber.
      3. Memuat naik maklumat yang salah / menyalahi undang-undang.
      4. Memuat naik maklumat yang mengandungi kandungan pornografi.
      5. Memuat naik maklumat yang mengandungi unsur kebencian antara satu sama lain.
      6. Membuat kempen untuk kegiatan politik.
      7. Mengumpul sumbangan tanpa kebenaran dan keizinan daripada penerima sumbangan.
      8. Mengumpul sumbangan dengan tujuan untuk mengganggu keamanan umum atau menyentuh sensitiviti budaya dan agama.
      9. Membuat kempen dan mengumpul sumbangan untuk membayar hutang oleh pihak penganjur kempen.
      10. Membuat kempen untuk membayar ibadah zakat atau korban.
      11. Pengumpulan sumbangan untuk pembayaran menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
    3. Pengunjung platform dan Pengguna Platform berhak membuat laporan atau aduan kepada penyedia platform dengan cara klik ‘Laporan’ dan mengisi laporan di laman kempen yang mencurigakan dan juga yang berkaitan.
    4. Melalui laporan daripada pihak pengguna platform, mereka bersetuju dan bersedia untuk dihubungi bagi memberi segala keterangan dan juga saksi terhadap laporan yang dikemukakan.
  6. Pengaktifan, Penamatan dan Penghapusan Akaun (Akaun Dipadam)
    1. Pengguna platform atau penganjur kempen berhak untuk meminta akaun mereka dinyah aktif atau ditamatkan serta-merta atau juga dipadam melalui platform yang telah berdaftar dengan nama mereka atau pertubuhan atau organisasi atas sebab-sebab tertentu yang sahih dan kukuh. Permohonan boleh dilakukan dengan menghantar e-mel ke salam@sumbangan.com.
    2. Selepas berlakunya nyah aktif atau penamatan dan penghapusan akaun dari Pengunjung Platform atau Pengguna Platform, penyimpanan data peribadi adalah mengikut had tempoh yang telah ditetapkan bermula dari tarikh pengaktifan, penamatan dan penghapusan akaun tersebut.
    3. Penyedia Platform berhak untuk melakukan pengaktifan atau penamatan dan penghapusan akaun dari pengunjung platform atau pengguna platform apabila terbukti melanggar Terma dan Syarat sumbangan.com.

      Penyedia platform berhak untuk mengaktifkan, menamatkan atau memadam mana-mana kempen yang dipohon atau kempen yang diubah melalui akaun penganjur kempen yang telah menyalahi undang-undang atau melanggar Terma dan Syarat yang telah ditentukan.
  7. Had Penyimpanan Data

    Adalah dimaklumkan bahawa pihak sumbangan.com mempunyai had dan kapasiti terhadap penyediaan ruangan penyimpanan data melalui platform kami untuk seluruh pengguna platform. Hal ini adalah termasuk tempoh masa kepada kempen dijalankan, kandungan serta info grafik, data-data transaksi dan sebagainya yang berkaitan.

    Oleh itu, Anda bersetuju dan memahami bahawa pihak kami berhak untuk menamatkan akaun kempen yang telah berakhir atau yang tidak aktif dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kami akan memaklumkan kepada pihak penganjur kempen atas setiap tindakan yang dilakukan melalui e-mel.
  8. Syarat Pengguna sumbangan.com
    1. Mestilah berusia 18 tahun dan ke atas untuk penggunaan individu. Jika individu tersebut berusia 18 tahun dan ke bawah perlulah diawasi oleh ibu bapa/penjaga.
    2. Pengguna platform sumbangan.com haruslah cekap dalam mengendali platform dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya telah melanggar Terma dan Syarat ini.
    3. Pengguna platform juga tidak dibenarkan melakukan sesuatu perkara seperti melanggar atau melakukan sesuatu yang mencabuli hak privasi seperti yang telah ditetapkan.
  9. Makluman/Notifikasi
    Pengguna platform bersetuju dan bersedia untuk menerima notifikasi melalui media elektronik termasuk penggunaan aplikasi pesanan ringkas (SMS), e-mel, panggilan telefon serta mesej melalui aplikasi Whatsapp yang telah didaftarkan di platform dan memberi kebenaran kepada pihak sumbangan.com untuk menghubungi anda melalui media elektronik tersebut.
  10. Kandungan Awam
    Anda mengetahui dan memahami bahawa setiap maklumat yang anda sertakan pada kandungan atau di platform sumbangan.com dapat diakses oleh pihak awam, seperti nama, nombor telefon, e-mel dan media sosial.

    Hal ini kerana, keterbukaan maklumat yang diberikan oleh pengguna platform tidak akan menimbulkan kecurigaan dan prasangka terhadap pengguna.

Penganjur Kempen
  1. Peringatan: Anda bersetuju bahawa sumbangan.com tidak bertanggungjawab atas penghapusan atau kegagalan Anda dalam menyimpan maklumat peribadi, data atau kandungan pada akaun dan kempen Anda.

  2. Selain itu, anda diwajibkan untuk menjaga keselamatan akaun anda serta privasi ‘Kata Laluan’ daripada pihak ketiga. Anda perlulah sentiasa log keluar setiap kali selepas anda menggunakan laman sesawang sumbangan.com.

  3. Sekiranya anda mendapati bahawa akaun Anda telah digunakan oleh pihak ketiga atau pihak tidak bertanggungjawab sila maklumkan segera kepada kami di talian hotline +60194475555 atau e-melkan di salam@sumbangan.com

  4. Melalui laporan serta persetujuan anda, pihak kami dapat melakukan beberapa tindakan untuk melakukan pencegahan penyalahgunaan akaun seperti:

    1. Pembekuan akaun buat sementara waktu
    2. Penghapusan Akaun
    3. Menyekat akaun untuk apa-apa tindakan terutama melibatkan kewangan

  5. Dimaklumkan bahawa pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan kerugian yang di alami oleh pihak pengguna platform atas kecuaian atau kegagalan Anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

  1. Syarat Menjadi Penganjur Kempen
    1. Organisasi/pertubuhan atau NGO berdaftar haruslah mempunyai Sijil Pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun pendaftaran pertubuhan daripada e-ROS.
    2. Bersedia untuk melakukan proses pengesahan akaun dan sertakan dokumen yang lengkap apabila diperlukan.
    3. Setiap maklumat yang diberikan oleh pemohon perlulah tepat dan sahih kerana mereka bertanggungjawab untuk setiap maklumat yang diberikan.
  2. Penganjur Kempen Wajib Untuk:
    1. Memuat naik segala maklumat yang tepat dan sahih dan tidak terhad kepada:
      1. Hubungan antara penganjur kempen dengan penerima sumbangan.
      2. Pengguna mestilah bebas jenayah mahupun hukuman daripada pihak perundangan dan
      3. Pengguna bukan berstatus penjawat awam dan juga bukan seorang yang bankrap bersesuaian dengan fakta dan syarat yang telah ditetapkan.
    2. Menjamin dan mengesahkan bahawa kandungan atau bahan yang dimuat naik atau dimasukkan oleh penganjur kempen tidak melanggar undang-undang ataupun syarat yang telah ditetapkan.
    3. Menyediakan satu (1) akaun bank yang tidak boleh diubah sewenang-wenangnya bagi tujuan pemindahan sumbangan kecuali dalam keadaan kecemasan ataupun darurat. Untuk mengubah akaun bank sila ajukan permohonan perubahan data melalui e-mel salam@sumbangan.com.
    4. Kempen dalam bentuk karya atau idea:
      1. Menyatakan karya atau idea tersebut merupakan ciptaan yang asli; atau
      2. Menyatakan bahawa telah mendapat kebenaran pihak tertentu jika karya atau idea tersebut adalah milik pihak lain, sebagaimana ditetapkan dalam Hak Harta Intelek; dan
    5. Bersetuju dan bersedia untuk membebaskan penyedia platform dari segala saman ataupun tuntutan mahkamah dan mengganti segala kerugian yang mungkin dialami oleh penyedia platform di kemudian hari dan tidak terhad pada perkara berikut:
      1. Pelaksanaan kempen yang tidak dibuat, dibuat sebahagian sahaja atau yang dibuat tetapi tidak seperti yang dijanjikan oleh penganjur kempen melalui platform.
      2. Penyalahgunaan hasil kutipan sumbangan oleh penganjur kempen; dan
      3. Segala perbuatan melanggar undang-undang yang terjadi baik pada ketika ini, semasa kempen atau setelah pelaksanaan kempen.
  3. Larangan Penyertaan Akaun Peribadi dan Pihak Lain
    1. Penganjur kempen dilarang untuk menggunakan akaun peribadi di laman kempen di Platform.
    2. Sekiranya penganjur kempen menerima sumbangan luar daripada platform dan bukan melalui gerbang pembayaran di Platform, penganjur kempen bertanggungjawab sepenuhnya atas undang-undang yang timbul antara penganjur kempen dan penyumbang tersebut.
  4. Kerjasama Khusus
    1. Penganjur kempen boleh mengadakan kerjasama khusus dengan penyedia platform bagi mana-mana kempen tertentu. Ianya perlu dinyatakan dalam perjanjian supaya dapat menentukan hak dan kewajiban kedua-dua belah pihak.
    2. Penyedia platform juga boleh mempertimbangkan sama ada untuk bersetuju atau menolak kerjasama khusus yang diusulkan oleh penganjur kempen.
    3. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel salam@sumbangan.com untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut atau dengan cara menghubungi hotline +60194475555.
  5. Kempen
    Senarai Pecahan Sumbangan:
    1. Jumlah Sumbangan Terkumpul dan Bersih (Laporan Akhir).
      Laporan akan dikeluarkan oleh pihak sumbangan.com kepada pihak penganjur kempen dalam bentuk bercetak/digital.
    2. Pecahan atau Perancangan sumbangan daripada pihak penganjur kempen (Penganjur kempen perlu menyediakan dokumen untuk pemindahan).
      1. Penganjur kempen perlu menyediakan laporan pecahan pada pihak sumbangan bagi setiap jumlah sumbangan yang terkumpul;
      2. Sebagai contoh kutipan dana sebanyak RM10,000.00 untuk penambahbaikan surau.
        RM2,000.00 untuk membeli sejadah dan telekung.
        RM1,000.00 untuk membeli langsir.
        RM7,000.00 untuk mengecat keseluruhan surau.
    3. Pecahan atau Perancangan sumbangan mengikut jumlah sasaran (Kemaskini laporan dalam platform supaya pihak penyumbang mengetahui pecahan derma yang dilakukan)
    4. Kemaskini terakhir/Laporan terakhir (sebelum, semasa, selepas)
      1. Pihak penganjur perlu mengemaskini laporan melalui kempen yang telah dilakukan dengan memuat naik gambar dan laporan perubatan atau dokumen sokongan.
    5. Tempoh kempen yang ditetapkan dalam laman web adalah satu (1) tahun bagi setiap kempen.
    6. Setiap penganjur kempen boleh membuka lebih daripada satu kempen dengan tajuk dan kutipan sumbangan yang berbeza.
    7. Pihak sumbangan.com berhak membatalkan kempen atau menamatkan kempen Anda sekiranya tiada sebarang transaksi dalam tempoh 14 hari kempen dipaparkan.
  6. Pelaksanaan Kempen
    Dalam pelaksanaan kempen, penganjur kempen wajib untuk :
    1. Melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam kempen melalui platform termasuk memenuhi ganjaran kepada penyumbang sekiranya penganjur kempen telah menjanjikan sesuatu ganjaran;
    2. Memberi laporan pelaksanaan kempen yang telus, dipercayai dan disertakan bersama dokumen yang lengkap dan bukti sokongan penyumbang dan admin platform melalui platform.
    3. Menjalankan kempen seperti yang tertera dalam perjanjian kerjasama khusus bagi mana-mana kempen kerjasama antara penganjur kempen dan penyedia platform; dan
    4. Sekiranya penganjur kempen tidak dapat melaksanakan keseluruhan kempen ataupun tidak mampu melaksanakannya seperti yang dijanjikan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang memaksa, boleh mengajukan laporan beserta dokumen sokongan ke e-mel salam@sumbangan.com untuk tindakan lanjut.
  7. Pelantikan Dan Pemberian Surat Kuasa Kepada Agensi
    Penganjur kempen bersedia dan bersetuju memberi kuasa kepada agensi untuk bertindak atas nama penganjur kempen bagi melakukan perkara-perkara berikut:
    1. Menjadi perantara eksklusif antara penganjur kempen dengan penyumbang atau menyebar maklumat kempen yang dianjurkan oleh penganjur kempen;
    2. Menyimpan dan menguruskan sumbangan dari penyumbang yang telah masuk ke mana-mana kempen;
    3. Bagi kerjasama khusus antara penganjur kempen dan agensi perlu bertindak mengikut seperti mana yang telah tertulis dalam perjanjian khusus tersebut; dan
    4. Untuk pelaksanaan semua perkara di atas, kedua-dua belah pihak perlu menandatangani setiap dokumen dan disertakan bersama surat pengesahan kempen yang perlu ditandatangani oleh penganjur kempen sebagai tanda persetujuan.
  8. Penolakan dan Kelewatan Pengesahan
    Penyedia platform memiliki kuasa penuh untuk menolak dan/atau menunda pengesahan akaun dan/atau pemindahan sumbangan apabila penganjur kempen;
    1. Belum memberi data atau maklumat yang cukup untuk pendaftaran akaun dan/atau pemindahan sumbangan kepada pihak penyedia platform; atau
    2. Disyaki telah melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat.
  9. Penutupan Kempen
    1. Penyedia platform memiliki kuasa penuh untuk menutup kempen apabila penganjur kempen telah didapati melanggar Terma dan Syarat.
    2. Sekiranya ada mana-mana kempen telah ditutup disebabkan oleh pelanggaran Terma dan Syarat, hasil kutipan terkini kempen tersebut akan diagihkan kepada mana-mana kempen lain secara rawak.
  10. Syarat Penganjur Kempen
    1. Penganjur kempen menjamin dan memastikan bahawa semua kandungan yang diberikan kepada sumbangan.com dari segi tulisan, gambar dan video yang diterangkan adalah tepat dan sesuai dengan fakta yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas penganjur kempen;
    2. Setiap pengumpulan sumbangan merupakan tanggungjawab penuh pihak penganjur kempen atau pihak pengumpul sumbangan.
    3. Penganjur kempen juga dilarang untuk mengumpul sumbangan sekiranya melakukan perkara seperti di bawah :
    4. Apabila kempen pengumpulan sumbangan berbentuk karya atau idea, maka penganjur kempen perlu memastikan idea atau karya tersebut merupakan karya asli atau dengan kebenaran pihak tertentu sekiranya karya tersebut adalah milik pihak lain sebagaimana yang terdapat dalam Hak Harta Intelek
    5. sumbangan.com tidak akan bertanggungjawab atas penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran, pelanggaran Hak Harta Intelek yang dilakukan oleh penganjur kempen.
    6. Penganjur kempen dilarang meletakkan nombor akaun bank peribadi dalam kempen dengan apa-apa sahaja alasan. sumbangan.com berhak untuk memadamkan nombor akaun tersebut apabila syarat ini dilanggar.
    7. sumbangan.com berkuasa memberikan efek sensor atau memadamkan gambar yang kami anggap mengganggu atau tidak sesuai untuk disiarkan kepada umum.
    8. Pemindahan sumbangan akan dibuat setelah akaun dan nombor akaun bank penganjur kempen mendapat pengesahan. Pemindahan sumbangan pula akan dibuat pada setiap hari Khamis, manakala laporan sumbangan akan dibuat pada setiap hari Isnin.
    9. Setiap sumbangan yang dipindahkan ke akaun penganjur kempen setiap minggu adalah sumbangan bersih yang telah dipotong caj pengurusan.
    10. Penganjur kempen bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah ditulis dan dijanjikan di laman kempen.
    11. Setiap transaksi sumbangan akan dikenakan caj pengurusan sebanyak RM2.00 atau 5% bagi mana-mana yang lebih tinggi.
    12. Sekiranya kerajaan Malaysia mengumumkan perubahan seperti pungutan, pajak atau cukai terhadap hasil kutipan sumbangan, penyedia platform akan menetapkan caj tambahan yang bersesuaian seperti yang ditentukan oleh undang-undang Malaysia.
    13. Penganjur kempen wajib untuk memberi ganjaran yang seperti yang telah dijanjikan (jika ada) kepada penyumbang.
    14. Penganjur kempen wajib memberi laporan pelaksanaan atau perkembangan kempen dengan telus melalui ciri ‘Buletin’ di sumbangan.com untuk pengetahuan awam dan penyumbang pada setiap laman kempen yang dibuat.
    15. Sekiranya penganjur kempen tidak atau belum mengemaskini laman kempen melalui ciri ‘Buletin’ setelah pemindahan sumbangan yang pertama, kami berhak untuk menyekat pemindahan sumbangan tersebut.
    16. Penganjur kempen wajib memberikan keterangan atau membuat laporan ke sumbangan.com sekiranya pelaksanaan kempen tidak mengikut rancangan asal dan/atau apabila terdapat apa-apa ganjaran yang tidak dapat diberikan kepada penyumbang.
    17. Apabila terdapat perjanjian kerjasama khusus antara penganjur kempen dengan sumbangan.com, kedua-dua belah pihak wajib mengikut apa-apa perkara yang telah tertera dalam perjanjian kerjasama tersebut.
    18. Penganjur kempen bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan kempen, penggunaan dana sumbangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kempen mereka. Oleh itu, penganjur kempen bersetuju dan bersedia menggantikan semua kerugian yang dialami oleh sumbangan.com jika ianya berlaku di kemudian hari, termasuk melepaskan sumbangan.com dari setiap tuntutan undang-undang yang timbul pada permasalahan yang disebabkan oleh penganjur kempen.
  11. Pengesahan Akaun Penganjur Kempen
    Setiap penganjur kempen harus membuat pengesahan akaun untuk melakukan pemindahan sumbangan.

    Proses pengesahan akaun penganjur kempen akan mengambil tempoh 3 hari bekerja. Proses pengesahan akaun hanya dapat dilakukan secara atas talian melalui sumbangan.com. Dalam tempoh proses pengesahan akaun, kami akan meminta beberapa maklumat dan dokumen yang diperlukan yang sesuai dengan jenis akaun penganjur kempen. Hanya pertubuhan/organisasi/NGO yang berdaftar layak membuat permohonan menjadi penganjur kempen. Maklumat dan dokumen yang diminta dalam proses pengesahan adalah:
    1. Organisasi/Pertubuhan
      1. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) atau
      2. Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau
      3. Surat Pengesahan Pendaftaran dari Jabatan / Kementerian
    2. Muka Surat Pertama Penyata Akaun Bank Setiap permohonan kempen individu (yang telah lulus) akan diletakkan di bawah mana-mana NGO yang telah berdaftar di bawah sumbangan.com atas persetujuan NGO tersebut. Bagi individu yang ingin memohon kempen sila kemukakan dokumen di bawah bagi proses penilaian oleh pihak sumbangan.com.

    3. sumbangan.com berhak melakukan siasatan terhadap sebuah atau beberapa kempen yang dianggap perlu disemak dengan lebih terperinci. Oleh itu, Anda setuju untuk bekerjasama dan memberi maklumat dengan benar dan telus.
  12. Pemindahan Sumbangan
    Pemindahan sumbangan akan dibuat pada setiap hari Khamis pada setiap minggu. Proses pengesahan akaun bank akan dilakukan bersama dalam proses pendaftaran kali pertama.

    Untuk syarat melakukan pengesahan nombor akaun adalah:
    1. Menyediakan dokumen (Muka Surat Pertama Penyata Akaun Bank)
    2. Nombor akaun penganjur kempen sendiri.
    3. Salinan SSM atau eROS
    4. Dokumen sokongan (jika ada)

    Peringatan: sumbangan.com berhak menolak pengesahan nombor akaun, menyarankan pilihan bagi pengesahan nombor akaun. Penolakan, cadangan, atau perubahan pengesahan nombor akaun menjadi hak istimewa sumbangan.com.

    Di sini kami ingatkan kembali bahawa anda sebagai Penganjur Kempen bertanggungjawab atas amanah yang akan anda sampaikan sendiri seperti yang tertera pada kandungan kempen.

    Setelah sumbangan penyumbang kami salurkan kepada pihak penganjur kempen, Anda wajib memberi laporan penggunaan sumbangan. Laporan ini akan dipaparkan pada ciri ‘Buletin’ di sumbangan.com

    Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa perkara yang terjadi terhadap wang sumbangan penyumbang yang telah dipindahkan kepada penganjur kempen.
  13. Kuasa sumbangan.com Terhadap Penganjur Kempen
    1. sumbangan.com berhak untuk mengubah atau memadam penerangan tentang kempen Anda dan ‘buletin’ apabila pihak penganjur kempen:
      1. Meletakkan nombor akaun penganjur kempen;
      2. Terbukti mengaut keuntungan menggunakan nama pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kebenaran, baik disedari oleh kami ataupun melalui laporan;
      3. Mengandungi unsur kebencian kepada pihak ketiga ataupun kepada sumbangan.com;
    2. sumbangan.com berhak untuk memindahkan sumbangan milik akaun penganjur kempen tanpa persetujuan penganjur kempen apabila:
      1. Terbukti melakukan penipuan disertai bukti-bukti yang kami dapat melalui siasatan mahupun laporan dari orang awam;
      2. Permintaan penganjur kempen sendiri;
      3. Penganjur kempen telah meninggal dunia
    3. sumbangan.com berhak menolak atau menunda pengesahan akaun atau membeku kan akaun dan pemindahan sumbangan apabila pihak penganjur kempen:
      1. Tidak menyediakan dokumen atau maklumat yang diperlukan oleh sumbangan.com;
      2. Apabila sumbangan yang terkumpul perlu diberikan terus kepada penerima sumbangan atau penerima manfaat sesuai dengan keadaan yang berlaku;
      3. Apabila kami memiliki alasan dan bukti bahawa penganjur kempen melanggar Terma dan Syarat sumbangan.com;
      4. Apabila penganjur kempen diperlukan dengan merujuk perintah mahkamah, surat perintah, atau undang-undang di Malaysia.
Penyumbang
  1. Semua sumbangan dari penyumbang merupakan risiko dari penyumbang itu sendiri. sumbangan.com tidak menjamin bahawa setiap kempen yang berada dalam sumbangan.com bebas dari penipuan dan penyalahgunaan. Sekiranya anda mendapati terdapat kandungan penipuan dan penyalahgunaan sumbangan atau kecurigaan lain pada kempen di sumbangan.com, anda boleh melaporkan hal tersebut dengan cara menekan butang ‘Laporan’ yang tersedia pada setiap kempen.
    1. Syarat Menjadi Penyumbang

      Penyumbang Wajib:
      1. Bertanggungjawab sepenuhnya atas sumbangan yang diberikan. Oleh itu, penyumbang wajib meneliti segala maklumat mengenai idea dan/atau kempen pengumpulan sumbangan yang dimuat naik di sumbangan.com sebelum membuat sumbangan;
      2. Tidak memberi maklumat tambahan yang palsu di laman sumbangan.com dan/atau di semua media sosial dan media cetak tentang kempen pengumpulan sumbangan di sumbangan.com.
      3. Bertanggungjawab atas sumbangan yang telah disalurkan dan memahami bahawa penganjur kempen berkemungkinan tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian kempen dan/atau ganjaran yang telah dijanjikan sebelum ini pada kempen tersebut;
      4. Penyumbang memahami bahawa sumbangan.com hanya bertanggungjawab terhad kepada penyediaan platform sumbangan untuk penganjur kempen mendapatkan sumbangan daripada orang ramai;
      5. Penyumbang wajib meneliti sebelum membuat sumbangan terhadap mana-mana kempen. Kami tidak menyarankan penyumbang untuk menyumbang di mana-mana kempen yang mengandungi unsur penipuan, mencurigakan dan kegiatan yang dilarang oleh negara. sumbangan.com juga tidak bertanggungjawab atas kelalaian penyumbang berkenaan perkara yang telah diingatkan di atas;
      6. Bersetuju untuk tidak mempersoalkan dan/atau mempersalahkan pihak sumbangan.com atas penyalahgunaan sumbangan yang dilakukan oleh pihak penganjur kempen;
      7. Penyumbang bersedia untuk dihubungi oleh sumbangan.com walaupun tercatat sebagai Hamba Allah(anonymous) untuk keperluan tertentu;
      8. Tidak melakukan pengubahan wang haram (money laundering) dan/atau menggunakan wang yang berasal dari sumber yang tidak sah dari segi undang-undang untuk menyokong idea dan/atau kempen pengumpulan sumbangan yang ada dalam sumbangan.com.
    2. Syarat Penyumbang

      Penyumbang memahami dan bersetuju bahawa:
      1. Setiap sumbangan yang masuk ke dalam suatu kempen akan ditolak sebanyak RM2.00 atau 5% bagi mana-mana yang lebih tinggi yang dipanggil sebagai caj pengurusan.
      2. sumbangan.com adalah penyedia platform yang memudahkan penyaluran sumbangan melalui platform kepada penganjur kempen dan/atau penerima sumbangan;
      3. Sumbangan yang diterima akan dipindahkan ke akaun penganjur kempen setiap hari Khamis pada setiap minggu.
      4. Semua sumbangan yang masuk ke sumbangan.com untuk mana-mana kempen adalah tanggungjawab dan hak sepenuhnya penganjur kempen tersebut setelah ditolak caj pengurusan seperti di perkara (1).
    3. Hubungi Kami
      Penyumbang boleh menghubungi sumbangan.com dengan menekan butang ‘Hubungi Kami’ bagi mengetahui maklumat lanjut sesuatu kempen dan/atau pelaksanaan kempen.
    4. Penyumbang Tanpa Nama (Hamba Allah) dan Penyumbang Dari Luar Jaringan
      1. Penyumbang memahami dengan menyumbang tanpa nama (anonymous), nama dan alamat e-mel penyumbang tidak akan dipaparkan atau timbul di laman kempen yang tersebut. Namun kami tetap dapat melihat nama dan alamat e-mel penyumbang dengan lengkap.
      2. Penyumbang yang membuat sumbangan selain platform sumbangan.com (offline donation) dengan cara memindahkan sumbangan secara terus ke nombor akaun peribadi penganjur kempen dan bukan melalui platform telah bersetuju untuk melepaskan dan membebaskan penyedia platform dari segala tanggung jawab atas kerugian yang mungkin dialami.
    5. Kempen Rawak

      Penyumbang bersetuju bahawa sesebuah kempen itu ditamatkan atau dipadam oleh penyedia platform adalah disebabkan pelanggaran Terma dan Syarat oleh penganjur kempen. Oleh itu, pihak penyedia platform berhak untuk menyalurkan sumbangan yang telah terkumpul kepada kempen yang berada di dalam platform sumbangan.com secara rawak.
    6. Bayaran Balik / Pemulangan Bayaran

      1. sumbangan.com boleh membuat pemulangan wang penyumbang apabila:

        Permintaan daripada pihak penganjur kempen sendiri untuk mengembalikan sumbangan yang telah dilakukan oleh penyumbang secara atas talian melalui kempen tersebut yang berada di platform sumbangan.com.
        Nota: Pemulangan yang dilakukan oleh pihak penyedia platform adalah berlaku atas permintaan berdasarkan pengesahan serta bukti yang kukuh oleh pihak pemohon. Bayaran balik kepada penyumbang akan dilakukan secara atas talian sebelum sumbangan yang terkumpul dipindahkan ke akaun penganjur kempen. Sekiranya, bayaran sumbangan telah dibuat kepada penganjur kempen, maka pihak sumbangan tidak dapat membuat pemulangan wang sumbangan kepada pihak penyumbang.
    7. Hak Harta Intelek
        Semua maklumat dan bahan yang tertera di sumbangan.com seperti logo, ikon, kod html dan lain-lain dalam sumbangan.com adalah hak milik penuh sumbangan.com. Anda dilarang untuk mengubah, menghasilkan semula atau diubahsuai dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran atau pengetahuan sumbangan.com. Apabila anda melanggar hak-hak ini, kami berhak untuk mengambil tindakan sivil. Pelanggaran hak ini termasuk dalam perbuatan jenayah.
    8. Pengecualian dan Pelepasan Tanggungjawab
      1. sumbangan.com tidak bertanggungjawab atas segala hal yang dijanjikan penganjur kempen terhadap penerima sumbangan atau penyumbang sekiranya terjadi permasalahan antara ketiga-tiga pihak. sumbangan.com tidak memberikan jaminan atas apa yang terjadi di kemudian hari.
      2. sumbangan.com tidak bertanggungjawab atas ketidakpuasan anda terhadap penganjur kempen atau penerima sumbangan atas penggunaan sumbangan yang telah disumbangkan pada sumbangan.com.
      3. sumbangan.com tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi kecurian, penyalahgunaan atau rasuah setelah hasil kutipan sumbangan diserahkan kepada penganjur kempen atau penerima sumbangan.
      4. Dalam keadaan apa pun, pengguna Platform akan membayar kerugian sumbangan.com dan/atau mengelakkan sumbangan.com (termasuk pegawai, pengarah, pekerja, agen dan lain-lain) dikenakan caj kerugian, kehilangan, pemindahan atau kerosakan yang berasal dari tuntutan pihak ketiga yang timbul akibat pelanggaran pengguna platform merujuk Terma dan Syarat atau pun pelanggaran terhadap hak pihak ketiga.
      5. SUMBANGAN.COM TIDAK AKAN MEMBAYAR GANTI RUGI DALAM BENTUK APAPUN KE ATAS KEMPEN YANG DILAKUKAN MELALUI PLATFORM SUMBANGAN.COM.
      6. Sekiranya di kemudian hari anda sebagai pengguna sumbangan.com mendapati bahawa terdapat penipuan kempen atau kempen yang mencurigakan, anda setuju untuk bekerjasama dengan sumbangan.com dan melaporkan kepada sumbangan.com serta bersama-sama kami menyelesaikan masalah tersebut.
    9. Hak Cipta dan Tanda Dagangan (Trademarks)
      Semua ciri-ciri yang terdapat dalam sumbangan.com ini adalah milik GERBANG SUMBANGAN SDN BHD dan dilindungi oleh undang-undang Malaysia seperti yang terdapat dalam Hak Harta Intelek. Oleh itu, pengguna sumbangan.com tidak dibenarkan menyalahgunakan ciri-ciri yang terdapat dalam sumbangan.com ini untuk kepentingan peribadi atau komersial.
    10. Undang-undang Dan Bidang Kuasa
      Terma dan Syarat ini dilaksanakan berdasarkan Undang-Undang Malaysia. Semua pengguna platform perlu mematuhi undang-undang Malaysia.

      Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 sekiranya ada pengguna platform dengan sengaja dan tanpa hak menyebarkan berita palsu atau ancaman sehingga mengakibatkan kerugian pada pengguna.
    11. Hukuman
      Apabila pengguna sumbangan.com terbukti melanggar Terma dan Syarat secara sengaja ataupun tidak, melanggar sebahagian atau keseluruhan, pihak sumbangan.com akan:
      1. Memberitahu melalui SMS atau e-mel atau telefon kepada pengguna mengenai syarat-syarat yang dilanggar;
      2. Kami akan memberi hukuman yang bersesuaian dengan pelanggaran yang dilakukan oleh pengguna sumbangan.com.
    12. Penyelesaian Perselisihan dan Darurat
      1. Jika ada perselisihan atau pertikaian yang timbul dari atau sehubungan dengan penafsiran atau pelaksanaan dari Terma & Syarat ini, pengunjung platform atau pengguna platform bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan atau pertikaian tersebut melalui perbincangan bersama.
      2. Semua pertikaian atau permasalahan yang timbul daripada pelaksanaan dan/atau dengan Terma dan Syarat ini yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan pelanggaran perjanjian akan diselesaikan oleh undang-undang Malaysia.
      3. Anda memahami bahawa platform kami akan berhenti beroperasi disebabkan kejadian di luar kemampuan kami yang tidak dapat dielak seperti terjadinya peperangan, pergolakan, kebakaran, bencana alam dan bencana lain yang dinyatakan oleh pihak berkuasa.
    13. Penutup
      Di atas merupakan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan kepada pengguna platform sumbangan.com. Oleh itu, pihak sumbangan.com berharap bahawa pihak pengguna membaca dan memahami serta bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah dikemukakan. Jika tiada maklum balas menyatakan Anda telah memahami Terma dan Syarat ini, kami menganggap bahawa Anda memahami dan bersetuju. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.