BANTU PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN HANYA DENGAN RM10

RM175 / 2.19 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu pelajar Malaysia di Afrika Selatan dengan RM10 untuk kos perubatan, visa, dan bahan pembelajaran. Sumbangan kecil, impak besar. Jom sokong perjuangan ilmu mereka!


Di tanah perantauan, ratusan pelajar Malaysia di Afrika Selatan mengorbankan masa muda mereka demi menuntut ilmu agama. Jauh dari keluarga, mereka menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kos perubatan, visa, dan bahan pembelajaran yang semakin meningkat.


"Siapa yang memberi kemudahan kepada orang lain, Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat." (HR Muslim)



Walaupun mereka sudah mempunyai tempat tinggal dan makanan yang disediakan, banyak lagi keperluan lain yang perlu ditanggung sendiri. Ada antara mereka yang terpaksa berjimat dalam membeli buku, menghadapi kesukaran memperbaharui visa, malah menangguhkan rawatan kesihatan kerana kekurangan dana.



Sebagai saudara seagama, kita mempunyai peluang untuk membantu meringankan beban mereka dengan hanya RM10. Mungkin bagi kita jumlah ini kecil, tetapi bagi mereka ia boleh menjadi asbab untuk meneruskan perjuangan ilmu tanpa tekanan kewangan. Bagaimana RM10 anda membantu?


1. Menampung pembayaran visa & dokumen pengajian 

2. Membantu kos rawatan perubatan 

3. Menyediakan bahan pembelajaran & keperluan akademik 


Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan hanya meringankan beban mereka, tetapi juga menjadi pelaburan akhirat buat kita semua.  Jom bersama membantu mereka meneruskan perjuangan ilmu.



"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh." (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat