PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Jul 04, 2023

BANTU GOLONGAN ASNAF B40 MENERUSKAN KEHIDUPAN

RM190 / 2.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hulurkan bantuan kepada asnaf B40 yang lebih memerlukan. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa sentiasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa membantunya dalam hajatnya.’ (HR Bukhari)


Assalamualaikum wbt buat semua penderma yang dirahmati Allah SWT. Golongan asnaf merupakan golongan yang sememangnya layak menerima bantuan zakat dari kalangan orang Islam. Hal ini dinyatakan di dalam Al-Quran melalui surah At-Taubah ayat ke-60:


“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba sahaya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”



Kelapan-lapan golongan ini selayaknya diberikan bantuan berlandaskan apa yang disyariatkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada kategori golongan berpendapatan rendah. Golongan B40 juga dikaitkan dengan golongan ‘miskin’ atau golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak terutama dalam aspek keperluan asas harian selain tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan. Walaupun mereka ada menerima bantuan dari pihak zakat, namun jumlah tersebut masih kecil jika dibandingkan dengan keperluan semasa mereka khususnya yang memiliki ahli keluarga atau anak yang ramai.



Kutipan derma melalui kempen ini bertujuan untuk meringankan beban golongan asnaf B40 di seluruh negeri Selangor dengan pemberian bantuan berbentuk wang ringgit serta keperluan asas kepada mereka. Pemilihan terhadap golongan penerima adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pihak Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ketua Kampung, Pengerusi KRT, Pengerusi Masjid, Surau dan pengerusi NGO yang berkaitan.


Oleh itu, dengan segala rendah hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan asnaf B40 yang dapat dibantu. Dengan izin Allah SWT, setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT.



Kami mendoakan agar para penderma sekalian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat. Secara keseluruhannya, kami amat berharap agar kempen ini mendapat sambutan yang baik sekaligus memastikan golongan asnaf B40 tidak terus-menerus hidup dalam kesusahan yang berpanjangan.



Firman Allah SWT dalam surah Al-Hadid:


إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ


Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

SARSENSE EMPIRE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat