PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Jul 27, 2023

BANTULAH GOLONGAN ASNAF NELAYAN KECIL

RM460 / 6.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka hidup dalam kesusahan, perlukan bantuan dari kita. Marilah bersama kami ringankan beban hidup golongan asnaf nelayan kecil agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.


Program sumbangan kepada golongan asnaf khusus untuk nelayan kecil ini akan disasarkan kepada mereka telah berkeluarga dan memiliki anak yang masih bersekolah dan isteri tidak bekerja. Bantuan ini bukanlah pengganti kepada bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak zakat yang sedia ada namun ia sebagai ikhtiar tambahan pihak kami untuk mereka. Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar pada hari ini, bantuan biasa yang diterima dari pihak berwajib amatlah sedikit kerana kita faham akan keadaan yang mana begitu ramai di luar sana selain golongan nelayan yang perlu diberi perhatian.



Sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus untuk golongan asnaf nelayan kecil yang berada dalam negeri Selangor sahaja. Pengagihan bantuan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi samada dari Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua kampung, pengerusi masjid atau pemimpin NGO setempat.



Di saat masih ramai rakyat khususnya kumpulan sasaran kempen ini iaitu golongan asnaf nelayan kecil yang hidup dalam kesusahan, maka membantu mereka amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah: ayat 2)



Oleh itu, dengan segala kerendahan hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan asnaf nelayan kecil dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekelian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dengan dilimpahkan keberkatan.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke da-lam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 03, 2023

MUHAMAD HAFIZAN BIN HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat