PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Aug 01, 2023

EDAR MAKANAN PERCUMA UNTUK KAUM ASLI ASNAF

RM150 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka hidup dalam kesusahan, perlukan bantuan dari kita. Marilah bersama kami raikan golongan kaum Asli asnaf dengan pemberian makanan percuma.


Program sumbangan makanan percuma kepada golongan kaum asli asnaf ini adalah inisiatif tambahan selain bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak Majlis Agama Islam Negeri. Usaha ini adalah sebagai ikhtiar tambahan pihak kami untuk mereka. Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar pada hari ini, golongan susah dan asnaf khususnya di kalangan kaum asli amatlah terkesan. Terkadang kita terlupa tentang mereka, sumbangan pemberian makanan percuma ini sedikit sebanyak mampu mengembirakan mereka.



Sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus untuk golongan asnaf kaum Asli yang berada dalam negeri Selangor sahaja. Pengagihan bantuan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi sama ada dari JAKOA, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua kampung, Pengerusi Masjid atau pemimpin NGO setempat.



Di saat masih ramai rakyat khususnya kumpulan sasaran kempen ini iaitu golongan asnaf kaum asli yang hidup dalam kesusahan, maka membantu mereka amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah: ayat 2)



Oleh itu, dengan segala kerendahan hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan asnaf kaum asli dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekelian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dengan dilimpahkan keberkatan.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat