Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR
Dimulakan pada Jul 14, 2023
RM410 / 6.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Program bantuan ini akan diberikan kepada golongan saudara baru atau muallaf asnaf yang tinggal bersendirian atau bersama keluarga di sekitar negeri Selangor termasuk di kawasan sekitar Lembah Klang. Kebanyakan mereka ini enggan mendedahkan identiti mereka kepada khalayak ramai mengenai status agama mereka kerana khuatir akan implikasi buruk yang bakal diterima terhadap diri dan ahli keluarga mereka. Mereka ini sebahagiannya ada menerima bantuan zakat namun bantuan yang diterima adalah minima jika dibandingkan dengan keperluan semasa terutama yang tinggal di kawasan bandar.
Sememangnya agak sukar untuk kita sebagai orang awam untuk mengenali secara zahir akan status agama saudara baru ini kerana ramai di antara mereka berpakaian dan berbahasa seperti penganut agama kaum mereka. Namun, maklumat yang diperolehi daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ramai di antara mereka ini adalah golongan susah yang perlu dibantu. Oleh itu, proses pengagihan bantuan dari pihak kami akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi dari pihak MAIS dan bagi kawasan Kuala Lumpur, pihak kami akan berurusan dengan pihak JAWI.
Oleh itu, dengan segala kerendahan hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan muallaf asnaf dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekelian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya usaha membantu golongan muallaf asnaf ini amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya, zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang-orang musafir yang dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah 60)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 17, 2023
MOHAMAD AZLI RAZALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 17, 2023