PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Jul 06, 2023

BANTULAH ASNAF WARGA EMAS SEMAMPU YANG BOLEH

RM235 / 4.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka hidup dalam kesusahan, perlukan bantuan dari kita, maka oleh itu, marilah bersama kami meringankan beban hidup golongan asnaf warga emas agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan baik.


Program sumbangan kepada golongan asnaf warga emas ini akan disasarkan kepada tiga kategori iaitu warga emas sebatang kara dan tinggal berseorangan, warga emas yang tinggal bersama anak atau ahli keluarga yang susah atau miskin dan warga emas yang uzur yang memerlukan bantuan. Pihak kami akan menyalurkan keperluan harian mereka berserta bantuan kewangan mengikut kadar yang diperlukan.



Sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan mengikut keutamaan keperluan. Ketika ini, target kawasan agihan sumbangan adalah dalam negeri Selangor sahaja. Pengagihan bantuan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi samada dari Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ketua Kampung/ Pengerusi KRT, Pengerusi Masjid/ Surau atau pemimpin NGO setempat.


Di saat masih ramai rakyat khususnya kumpulan sasaran kempen ini iaitu golongan asnaf warga emas yang hidup dalam kesusahan, maka membantu mereka amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah : ayat 2)



Oleh itu, dengan segala kerendahan hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan asnaf warga emas dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekalian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

HASZAHARI ZAKARIA

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat