PERTUBUHAN SUFI ANTARABANGSA

Dimulakan pada Jul 18, 2023

INFAQ DANA OPERASI MISI SASARAN HADIAH 20 BILION SELAWAT

RM50 / 0.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Sufi Antarabangsa sedang menganjurkan program Sasaran 20 Bilion Selawat dan kini memerlukan sumbangan awam untuk memastikan misi Malaysia Ingat Allah dan Malaysia Cinta Rasulullah tercapai.


Meraikan hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal yang jatuh pada 28 September 2023, setakat dari 23 Jun sehingga 16 Julai, sebanyak 75,895,093 selawat telah terkumpul. Untuk memastikan misi sasaran 20 bilion selawat tercapai.



Usaha ini perlu dipergiatkan dengan lebih meluas dan antara kaedah yang perlu digunakan adalah dengan membina sistem digital yang boleh berfungsi untuk merekod dan memaparkan jumlah selawat semasa. Selain itu, token mobiliti kepada 50 ahli khidmat yang turun ke lapangan bagi menjalankan promosi budaya berselawat.



Pertubuhan Sufi Antarabangsa, yang juga dikenali sebagai World Sufi Center memerlukan sumbangan awam bagi menyokong usaha pengurusan dan gerak kerja ini. Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan diberkati dan mendapat rahmat daripada Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW.



Sekiranya ditanya mengapa Pertubuhan Sufi Antarabangsa melaksanakan kempen Sasaran Hadiah 20 Bilion Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW, berikut adalah hadis-hadis yang dijunjung mengenai kemuliaan berselawat, Rasulullah bersabda:


فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا


Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. (Riwayat Muslim)


Sehubungan itu, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dalam meraikan usaha Pertubuhan Sufi Antarabangsa hanya Allah SWT mampu membalasnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat