Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,000,010 / 100.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000
35669 Penyumbang
Kempen Berjaya
adalah pusat pengajian hafazan Al-Quran sepenuh masa.
Telah memulakan operasinya pada 2009 ditanah waqaf MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) dan berdaftar dengan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS).
40 pelajar lelaki dan 20 orang perempuan sedang mengikuti pengajian hafazan disini.
Alhamdulillah semenjak penubuhan, Maahad kami telah dapat melahirkan 28 orang Huffaz Al-Quran 30 juzuk lelaki dan perempuan.
Buat masa ini pelajar lelaki sedang mengikuti pengajian dibangunan waqaf di atas tanah waqaf MAIS berkeluasan 1 ekar yang mengandungi bangunan surau, kelas dan asrama yang boleh memuatkan sehingga 60 orang pelajar
Bagi pelajar perempuan pula, pihak Maahad telah menyewa 1 lot tanah dan rumah yang dijadikan kelas dan asrama pelajar yang boleh menampung seharai 20 orang pelajar.
Alhamdulillah kami telah diberi tanah waqaf MAIS seluas 2 ekar di Kg. Bkt Kuching, Jeram Selangor (1 km dari Maahad Ar Ruqaiyah sekarang) dan bercadang untuk membina Maahad yang lebih besar dan selesa yang boleh menampung sehingga 300 orang pelajar.
Cadangan pembinaan komplaks Tahfiz baru kami adalah diatas tanah waqaf MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) dengan anggran kos RM10 juta iaitu merangkumi pembinaan:
a) Masjid
b) Asrama pelajar
c) Kelas Pengajian
d) Dewan Makan
e) Padang Permainan/Riadhah
f) Rumah guru dan Kakitangan
Untuk itu pembinaan ini akan dilaksanakan dengan beberapa Fasa
Bagi Fasa 1, akan dibina Masjid, asrama dan rumah kakitangan dengan anggaran RM1,000 000.00
(Ringgit : Satu Juta Sahaja).
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
PIHAK MAAHAD MEMBUKA PELUANG KEPADA PARA PENYUMBANG DAN PEWAQAF UNTUK SAMA-SAMA MEREBUT GANJARAN PAHALA YANG AKAN SENTIASA MENGALIRNSELAMA PARA HUFFAZ MEMBACA AL-QURAN DI DALAM BINAAN DARI SUMBANGAN TUAN- TUAN DAN PUAN-PUAN
Sumbangan juga adalah untuk menampung kos operasi Maahad seperti bil utiliti, makanan dan lain-lain lagi
Bangunan Sedia Ada
Pelan Cadangan Bangunan Baru
Segala pertanyaan boleh menghubungi Pengerusi Maahad: 019-336 5649
FB : Tahfiz Ar-ruqaiyyah
Jutaan terima kasih jazakallah khairan kathiran kepada para dermawan yang telah meinfaqkan sebahagian hartanya untuk Maahad kami ini.
Kami anak-anak tahfiz dan warga tahfiz sentiasa berdoa agar para dermawan dimurahkan rezeki dan diterima Allah Ta'alah
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Baikpulih asrama dan kelas pelajar perempuan
Pembinaan bangunan kompleks Maahad
Pembinaan bangunan kompleks Maahad
BAIKPULIH ASRAMA DAN KELAS PELAJAR WANITA
Kerja-kerja yang sedang dijalankan hasil dari sumbangan anda semua
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 16, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 16, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 16, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 16, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 16, 2021