SUMBANGAN UNTUK ALLAHYARHAM ABANG ALI

Dimulakan pada:
25 Jan, 2022
SUMBANGAN UNTUK ALLAHYARHAM ABANG ALI
102.76%
RM17,470
/RM17,000
600
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom bersama kami dalam menjayakan kempen ini untuk membantu ahli keluarga Allahyarham Abang Ali.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian sahabat yang dikasihi iaitu Allahyarham Abang Ali (Ali Bin Salimin). Pemergian Allahyarham secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada kita semua. Allahyarham Abang Ali memulakan perjuangan untuk ummah dan hijrahnya semasa bersama PPIM dari tahun 2014. Dikalangan kami, Abang Ali sangat terkenal dengan sikap mesra dan hormatnya. 

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa Allahyarham Abang Ali meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahiran beliau. Pagi sebelum Allahyarham memulakan perjalanan ke Johor, puluhan sahabat memberi ucapan serta doa sempena ulang tahun kelahirannya, selang beberapa minit kami menerima berita kemalangan dan disusuli dengan berita kematian Allahyarham. Ternyata Allah lebih menyayangi Allahyarham Abang Ali.

Atas izin Allah, pada hari yang sama juga kami (warga PPIM & sumbangan.com) telah menyegerakan perlaksanakan badal umrah serta menyedekahkan 2 ekor kambing atas nama Allahyarham. Badal umrah, penyembelihan dan pengagihan daging sembelihan dilaksanakan di Tanah Suci Kota Mekah di hari yang sama. Semoga Allah menerima ibadah tersebut memberi ganjaran kepada Allahyarham Abang Ali. 

Ramai dari kalangan sahabat serta orang awam yang mencadangkan agar kempen sumbangan kepada Allahyarham Abang Ali dibuka bagi meringankan beban waris Allahyarham serta menyelesaikan urusan Allahyarham yang masih tertangguh seperti perlaksanaan (badal) haji serta hutang (sekiranya ada). Oleh yang demikian, kempen Sumbangan Untuk Allahyarham Abang Ali dibuka kepada awam.

Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan anda amatlah dialukan. Setiap ringgit yang disumbangkan akan disalurkan sepenuhnya bagi tujuan di atas. Pihak sumbangan.com tidak mengenakan sebarang caj bagi kos penganjuran kempen ini bahkan menanggung segala kos termasukan caj gerbang pembayaran (payment gateway).

Semoga Allah membalas kebaikan para penyumbang serta memberi ganjaran kepada Allahyarham Abang Ali.

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Laporan Kempen

12 Apr 2022

Alhamdulilah, penyerahan dana kempen "Sumbangan untuk Allahyarham Abang Ali" kepada keluarga Allahyarham telah kami sempurnakan kepada wakil Allahyarham, Ali Bin Hanafiah pada pukul 11 pagi tadi bersamaan pada hari Selasa, 12/4/2022. 

Sumbangan terkumpul sebanyak RM17,470 telah kami pindahkan ke akaun balu Allahyarham, Puan Nur Aisyah. 

Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang, semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga Allahyarham & Allah swt merahmati kita semua, amiin.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
HUMAIRAH HUSSIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 26, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SOKONGAN FASILITI IBADAH UNTUK ANAK ANAK DAN ASNAF MISKIN
BERKONGSI REZEKI SOKONG KEHIDUPAN AZHARY DAN YATIM PIATU TERBIAR
KEBERKATAN RAMADHAN BERBUKA DAN SAHUR UNTUK ANAK YATIM
DANA PEMBELIAN VAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ DAN KEGIATAN KEAGAMAAN LPQ AL HUDA
SEDEKAH MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PELAJAR RTQ SHOHIBUL MUKMININ
Kempen Sumbangan Tamat